Skip to main content
HomeSabah

Denggi-32 Kes Dilaporkan Di Lahad Datu

By 2 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan foto oleh: Adelaidah Arshad (Sabah)

LAHAD DATU, SABAH, 01 Feb. (Malaysiaaktif) – Sepanjang tempoh Januari 2018 sebanyak 32 kes wabak denggi terbaharu dilaporkan di daerah ini sehingga hari ini.

Antara kawasan kes yang dilaporkan adalah Kampung Bakau Baru, Kampung Unta, Kampung Kokos Batu 6, Jalan Dam Kimbell, Silam Camp, Pangsapuri Mutiara Kasih dan Jalan Bakawali.

Disamping itu, terdapat peningkatan kes denggi di beberapa lokaliti yang melibatkan Kampung Sabah Baru, Kampung Bugis Batu 1, Kampung Desa Bajau, Felda Sahabat 09 dan Kampung Silam.

Stanley Chin Yat Min.

Stanley Chin Yat Min.

Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan, Stanley Chin Yat Min berkata antara faktor berlakunya wabak denggi di daerah terbabit adalah kesan pencemaran dari pembuangan sampah-sarap dan bahan buangan yang tidak diselenggara dengan baik serta kurang kesedaran dikalangan masyarakat merupakan menyumbang utama kepada peningkatan wabak Denggi di kawasan terbabit.

“Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu, sedang giat menjalankan aktiviti pemantauan, pemeriksaan dan kawalan nyamuk Aedes di lokaliti terbabit bagi mengawal wabak ini dari tersebar ke kawasan berhampiran.

“Orang ramai dinasihati untuk memberi kerjasama kepada para petugas dari Jabatan Kesihatan dan diingatkan untuk segera ke Klinik atau Hospital berhampiran sekiranya mengalami tanda-tanda awal seperti Demam,”katanya.

Stanley turut menjelaskan, kitaran hidup nyamuk Aedes adalah terdiri daripada empat peringkat iaitu nyamuk dewasa (Udara), Telur (air), Jentik-jentik (air) dan Pupa (Air).

3

“Semburan kabus atau fogging hanya menghapuskan nyamuk dewasa iaitu 25 peratus sahaja keberkesanannya, manakala 75 peratus lagi adalah kitaran nyamuk Aedes yang berada di dalam air yang harus dibasmi oleh kita sendiri.

“Nyamuk Aedes hanya membiak di dalam air jernih iaitu air hujan atau air paip yang bertakung. Walau bagamanapun, nyamuk spesis Culex boleh hidup di dalam air tercemar seperti di dalam parit,”ujarnya.

Tambahnya lagi, tanda-tanda awal demam Denggi atau dikenali sebagai ‘breakbone fever’ akan terjadi pada hari ke tiga hingga ke 14 selepas digigit nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara empat hingga tujuh hari.

“Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi, ruam merah di kulit juga boleh terjadi, muntah dan kurang selera makan.

“Demam, boleh mencapai suhu 40 – 41 darjah celcius, selalunya akan berlarutan selama dua hingga tujuh hari dan boleh menyebabkan serangan sawan bagi kalangan kanak-kanak di bawah umur enam tahun.

“Sekiranya berlaku tanda-tanda tersebut, orang ramai dinasihati untuk segera berjumpa doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi,” katanya semasa ditemui di pejabatnya pada selasa.

Pengambilan ubat paracetamol boleh diambil sebagai langkah awal mengawal suhu badan dan mengurangkan kesakitan dan elakkan dari mengambil ubat aspirin dan antibiotik bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang menghidap penyakit demam denggi.

4

Beliau turut menasihati supaya masyarakat dapat tingkatkan tahap kebersihan di kawasan rumah dan banyakkan minum air yang telah dimasak bagi mengelakkan jangkitan penyakit berkenaan.

 

-FB

Tinggalkan komen anda