Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Produktiviti Cemerlang, Hospital Tuaran Jadi Rujukan

By 2 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan foto oleh : Zaidi Jamin (Sabah)

KOTA KINABALU, 01 Feb. (Malaysiaaktif) – Kejayaan Hospital Tuaran mengekalkan dan mempertingkatkan produktiviti perkhidmatan cemerlang sejak tahun 2016 menjadi rujukan Hospital Queen Elizabeth (HQE) berkongsi rahsia kejayaan berkenaan.

Rombongan hadir mendengar taklimat pencapaian EKSA Hospital Tuaran

Rombongan hadir mendengar taklimat pencapaian EKSA Hospital Tuaran.

Seramai 30 kakitangan HQE yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Penerapan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) terpanggil mengadakan lawatan sambil belajar mendalami ilmu kejayaan mengekalkan kecemerlangan tersebut.

Ketua rombongan, Dr. Joshua Beting Giling berkata, tujuan lawatan tersebut adalah bagi membentuk satu kerjasama perkongsian antara dua buah hospital dalam mempertingkatkan produktiviti perkhidmatan kepada masyarakat agar wujud suasana ceria, berkualiti dan berinovasi.

“Kewujudan jawatankuasa EKSA ini adalah sebagai suatu usaha menyemarakkan lagi persekitaran hospital agar lebih kondusif dan bersih selain dapat meningkatkan mutu perkhidmatan terbaik kepada masyarakat”, jelasnya.

8.Ruang pendermaan darah unit Patologi  turut menjadi lokasi tumpuan  ke arah  mengekalkan produktiviti perkhidmatan melalui penerapan EKSA.

8.Ruang pendermaan darah unit Patologi turut menjadi lokasi tumpuan ke arah mengekalkan produktiviti perkhidmatan melalui penerapan EKSA.

Tambahnya lagi, berikutan hospital Tuaran memperolehi sijil pengiktirafan EKSA daripada Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sejak 2016 lagi, rasa terpanggil untuk melihat dan mempelajari serta berkongsi kejayaan tersebut ada.

“Melalui lawatan ilmu ini, banyak perkara yang dapat dipelajari dan kami akui pengamalan berterusan hospital Tuaran mencipta dan memanfaatkan setiap ruang yang ada hospital berkenaan berada pada produktiviti terbaik.

“Selain itu, pengamalan yang berterusan terhadap EKSA turut mampu merangsang kakitangan di hospital terbabit agar sentiasa berfikiran kreatif melalui penghasilan pelbagai inovasi sekali gus membantu kerajaan kea rah penjimatan kos utility di peringkat hospital”, katanya semasa mengadakan lawatan tersebut pada rabu.

Pada lawatan tersebut peserta rombongan turut diberi taklimat oleh Penolong Pegawai Perubatan, Haji Tasim Haji Taim serta Timbalan penyelaras EKSA Hospital Tuaran, Nurul Izza Zakaria.

Dr. Joshua ketika menyampaikan cenderakenangan kepada Haji Tasim (Ke tiga dari Kanan) sempena lawatan tersebut.

Dr. Joshua ketika menyampaikan cenderakenangan kepada Haji Tasim (Ke tiga dari kanan) sempena lawatan tersebut.

Antara aspek yang disentuh pada taklimat tersebut termasuklah pendekatan hospital Tuaran dalam meningkatkan motivasi kakitangannya melalui penerapan EKSA selain usaha berterusan mengekalkan Hospital Tuaran sebagai pusat sumber rujukan pengamalan EKSA yang terbaik peringkat hospital di negeri ini.

Pada lawatan sehari tersebut rombongan berpeluang melawat ruang pejabat pentadbiran dan pengurusan, wad pesakit, Unit  Famasi dan stor perubatan, Unit patologi dan derma darah termasuklah tinjauan ke taman-taman  sekitar hospital yang bertujuan melestarikan persekitaran  dan kesegaran hospital.

 

-FB

Tinggalkan komen anda