Skip to main content
HomeSabah

Guna Perkhidmatan City Bus Elak Kesesakan

By 2 Februari 2018Februari 4th, 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan dan foto oleh : Zaidi Jamin (Sabah)

KOTA KINABALU, 01 Feb. (Malaysiaaktif) – Orang ramai yang berhajat untuk datang ke Hospital Queen Elizabeth (HQE)  sama ada untuk mendapatkan rawatan, janji temuj mahu pun atas urusan peribadi digalak menggunakan perkhidmatan City Bus melalui Terminal Bas KK Sentral (KKS) bagi mengelak kesesakan dan kekurangan ruang letak kereta sekitar kawasan hospital berkenaan.

Datuk Yeo Boon Hai ketika merasmikan banting pelancaran perkhidmatan City Bas HQE –KK Sentral bersama-sama Dr,.Heric (Kanan).

Datuk Yeo Boon Hai ketika merasmikan banting pelancaran perkhidmatan City Bas HQE –KK Sentral bersama-sama Dr,.Heric (Kanan).

Pengarah HQE, Dr. Heric Corray berkata, orang awam yang bercadang datang dan berurusan di hospital, disaran menggunakan perkhidmatan City Bus kerana perkhidmatannya lebih mudah dan selesa tanpa tekanan untuk mendapatkan ruang parkir yang terhad di kawasan hospital.

“Ketika ini kawasan letak kereta sedia ada tidak dapat menampung peningkatan permintaan terhadap ruang letak kereta di kawasan hospital setiap hari.

“Terminal Bas KK Sentral (KKS) yang beroparesi sejak Julai lalu merupakan alternatif penyelesaian terbaik kepada orang awam yang ingin ke hospital,”kata Heric semasa berucap pada  majlis Pelancaran Perkhidmatan City Bus dan Majlis Pengiktirafan HQE sebagai Hospital Tanpa Sampah di Auditoriun HQE pada Selasa.

Tambahnya, selain permasalahan tempat letak kereta, pihak hospital turut komited dalam usaha mencapai Misi, Visi mahu pun Dasar Kualiti secara keseluruhan bagi membentuk sikap bukan sahaja dalam kalangan kakitangan, malah orang ramai terhadap kempen ke arah  kebersihan persekitaran.

“Saya merasa yakin, prestasi perkhidmatan berkualiti bermula dari penampilan diri dan persekitaran kerja yang bersih,”ujarnya.

Datuk Yeo Boon Hai  berkesempatan beramah mesra dengan  pelanggan HQE  di klinik berdekatan sambil diperhatikan Dr. Heric (kiri).

Datuk Yeo Boon Hai berkesempatan beramah mesra dengan pelanggan HQE di klinik berdekatan sambil diperhatikan Dr. Heric (kiri).

Pihak pengurusan hospital sentiasa mengalakkan warganya melibatkan diri dalam program-program kemasyarakatan yang dianjurkan pelbagai pihak, termasuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), seperti ‘Kempen Anti Kutu Sampah’.

Sehubungan itu, Heric berterima kasih kepada DBKK yang memberi pengiktirafan kepada HQE sebagai ‘Hospital Tanpa Sampah’ pada program tersebut.

Pengiktirafan tersebut pasti mampu meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan kakitangan hospital, selain melahirkan suasana ceria dan tenang melalui pewujudan persekitaran bersih sebagai imej hospital terbabit.

Program yang dilancarkan oleh Datuk Banda Raya  Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Yeo Boon Hai ini pastinya mengangkat dan memberikan imej baharu kepada HQE ke arah mewujudkan suasana harmoni di sekitar kawasan berkenaan.

 

-FB/AAS

Tinggalkan komen anda