Skip to main content
Berita TempatanHomeLabuan

Kerajaan Pusat Sentiasa Beri Inisiatif Kepada Rakyat

By 11 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Program Cermin Mata Percuma anjuran Barisan Nasional Labuan turut mendapat sambutan hangat pengunjung Kenduri 1Wilayah.

 

Laporan & Foto oleh: M.Khairul Azad Yunus/ Haziq Ruslain

LABUAN 11Feb (Malaysiaaktif) – Pelbagai inisiatif untuk menyejahterakan rakyat sentiasa dilaksanakan kerajaan bagi memastikan rakyat, termasuk di Labuan mendapat manfaat yang terbaik.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor, Kementerian melalui Perbadanan Labuan membantu golongan miskin dan sederhana melalui Program Memperkasa Ekonomi Bumiputera (MEB).

Antara program seperti membina infrastruktur dan kemudahan Premis Perniagaan Gerai Makan Ikan Bakar Kiamsam, Menyediakan ruang niaga makanan untuk usahawan tempatan berniaga makanan berasaskan laut dengan kadar sewa yang munasabah.

7f875c68-6771-4b80-8291-885719c03893

MEB juga turut membina enam gerai jualan ikan di kampung bagi membolehkan ikan dijual dengan harga lebih rendah daripada harga pasaran, memberi bantuan peralatan enjin sangkut, bahan membuat bubu dan kursus asas bina bubu untuk meningkatkan hasil tangkapan.

Turut diberikan, bantuan peralatan dan memproses ikan bagi meningkatkan jualan di pasaran tempatan dan antarabangsa, memberi bantuan deposit perniagaan food truck’’ sebanyak RM 10 ribu kepada setiap peniaga bumiputera yang berkelayakan dan sedang membangunkan industri perikanan ikan bilis melalui bantuan penyediaan infrastruktur bagang sebanyak RM 15 ribu kepada nelayan di Labuan bagi pasaran tempatan dan antarabangsa, kata Adnan.

Jelasnya, melalui Program Labuan Go Green sebanyak 28 ribu benih pokok kelapa pelbagai jenis, seperti matag, pandan dan juga Malayan Red Dwarf diedarkan kepada penduduk kampung.

“Program ini antara inisiatif untuk membantu menangani masalah kenaikan harga barangan keperluan harian, antaranya hasil pertanian, termasuk kelapa / santan kelapa seterusnya meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat di Labuan,” ujar Adnan.

Menurut Tengku Adnan lagi, beliau telah memaklumkan Jabatan Pertanian Labuan untuk membuat soil profiling dalam melihat kesesuaian jenis buah- buahan untuk ditanam secara besar-besaran.

Bagi membantu meningkatkan penjualan produk laut sejuk beku/segar di Wilayah Persekutuan Labuan, Tengku Adnan menjelaskan pihak Kementerian masih menunggu keputusan akhir Malaysia Airlines Berhad (MAB) bagi mengecualikan polisi tidak membenarkan makanan laut sejuk beku/segar sebagai barang daftar masuk kargo.

“Saya amat berharap pihak MAB memberi pertimbangan segera serta mencari penyelesaian terbaik agar dapat membantu komuniti nelayan tempatan untuk memasarkan hasil tangkapan mereka sebagai salah satu produk untuk dibawa pulang oleh pelancong,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Kenduri 1Wilayah Persekutuan Labuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018 semalam.

Kenduri 1Wilayah yang dianjurkan Kementerian Wilayah Persekutuan itu dihadiri kira-kira 3000 penduduk Labuan.

Tinggalkan komen anda