Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Lebih 200 Penduduk Kg Serian Terima Sumbangan Makanan

By 3 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto : Robani Nabi Ahmad & Khairunnisa Ismail

KOTA BHARU, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Lebih 222 penduduk Kampung Serian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor menerima sumbangan makanan harian menerusi program Taklimat Bajet daripada Komuniti 1Malaysia (K1M) Serbian hari ini.

Sebahagian daripada penerima sumbangan siang tadi.

Sebahagian daripada penerima sumbangan siang tadi.

Sumbangan disampaikan oleh Penaung K1M Serbian, Datuk Mohamad Noordin Awang, khusus kepada penduduk Serian dan Ahli Jawatan Kuasa K1M. Program turut mendapat kerjasama daripada Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSN).

Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan, Mohamad Noordin, berkata sumbangan dalam bentuk gula, beras dan minyak sudah menjadi tradisi yang dilakukannya dalam DUN Salor setiap tahun.

“Sumbangan ini adalah bagi meringankan sedikit beban rakyat dalam menjalani kehidupan harian,” ujarnya.

Ibrahim menyifatkan program sebegini dapat mengeratkan silaturrahim bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.

Ibrahim menyifatkan program sebegini dapat mengeratkan silaturrahim bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.

Dalam pada itu seorang pengunjung, Ibrahim Yaacob, 60, berterima kasih kepada pihak MSN dan K1M kerana turun padang bersama rakyat pada hari ini.

“Program sebegini mengeratkan silaturrahim bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu,” katanya.

Seorang lagi penerima Sabariah Musa, 47, meluahkan rasa syukur dengan pemberian sumbangan makanan tersebut.

“Sumbangan makanan ini amat besar kepada mereka yang memerlukan seperti saya sekeluarga memandangkan saya adalah Ibu tunggal dan terpaksa menyara anak-anak yang masih kecil semenjak kematian suami,” jelasnya yang hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan.

Turut hadir, Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Parlimen Kubang Kerian Bakri Yusoff, dan Pentadbir Mukim Salor, Salleh Yusof.

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda