Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Bekalan Air Bersih Air Laut Bakal Manfaatkan 3000 Penduduk

By 3 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan dan foto : Rosli Md. Zin (Bachok)

BACHOK, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Perasmian projek penyelidikan translasional loji nyah garam dari air laut kerjasama antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bakal memanfaatkan 3000 penduduk sekitar Pantai Senok Tawang di sini.

Kaedah tersebut akan mampu membekalkan bekalan air tawar dan bersih melalui proses penyahgaraman air laut.

Menurut Naib Canselor UTM, Prof Dato Dr. Wahid Omar, Pantai Senok dipilih kerana lokasi yang strategik di muara sungai dan kualiti sumber air yang sesuai bagi rawatan penyahgaraman air laut mengunakan teknologi membran.

Teknologi balikan osmosis digunakan dalam membantu mendapatkan bekalan air bersih.

Teknologi balikan osmosis digunakan dalam membantu mendapatkan bekalan air bersih.

“Kajian melalui kaedah teknologi balikan osmosis, ini merupakan satu teknologi dalam membantu tempat yang mempunyai masalah berkaitan sumber air bersih,” jelasnya.

Sementara itu Naib Canselor UMT, Prof Dato Dr. Aeini Mokhtar berkata kejayaan penyelidikan ini hasil usaha berterusan antara UMT dan UTM bagi mewujudkan inovasi plan pendidikan tinggi nasional dan berjaya merawat air mentah dan mengurangkan kemasinan dan kelikatan sehingga 99% untuk kegunaan harian.

“Air laut yang dinyahgaram sangat sesuai untuk kegunaan harian komuniti setempat setara air bekalan dari loji konvesional,” katanya lagi.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh menjelaskan sistem penyahgaraman ini dibangunkan hasil kerjasama UTM dan UMT di bawah geran translasional KPT 2017 sebanyak RM5 juta.

“Sistem ini boleh menghasilkan 500 meter padu sehari dan dapat menampung keperluan air bersih kepada 3300 penduduk,” ucapnya ketika merasmikan projek penyelidikan translaional di sini hari ini.

Seorang penduduk yang ditemui, Azizah Ismail, 40, berkata program ini dapat mengurangkan beban keluarga beliau yang selama ini terpaksa keluar kampung bagi mendapatkan sumber air bersih.

Manakala Ahmad Omar, 56, pula berkata sepanjang 45 tahun beliau menetap disini inilah kali pertama beliau dapat menikmati bekalan air tawar yang diproses di kampungnya sendiri.

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda