Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Mangsa Banjir Terima Kemudahan Terbaik di PPS

By 4 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Aishah Latip (Sarawak)

KUCHING, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri akan memastikan semua mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) banjir akan menerima segala kemudahan yang sebaik mungkin.

Hujan yang turun berterusan sejak semalam menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Kuching, Samarahan dan Serian yang menyebabkan PPS dibuka bagi menempatkan mangsa banjir.

LAWAT…Douglas Unggah melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Surau Ar-Rahman, Kampung Sungai Batu hari ini.

LAWAT…Douglas Unggah melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Surau Ar-Rahman, Kampung Sungai Batu hari ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah berkata beliau berpuas hati melihat kemudahan yang disediakan di dua PPS di sini.

“Kita akan memastikan bantuan makanan, minuman diberi sebaik mungkin kepada mangsa, selain Jabatan Kesihatan Negeri akan turut juga menempatkan doktor bagi memeriksa serta memastikan kesihatan mangsa terjaga,” kata Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) selepas melawat PPS di Masjid Darul Mustaqin Kampung Buntal yang menempatkan 125 mangsa daripada 20 keluarga di sini.

Sementara itu, jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Mej(PA) Ismail Mahedin, seramai 554 mangsa daripada 158 keluarga telah ditempatkan di lapan pusat pemindahan setakat tengah hari tadi.

“Sebanyak lapan PPS telah dibuka setakat tengah hari tadi, berbanding hanya lima buah pada sebelah pagi.

“Tiga PPS baharu ialah Sekolah Kebangsaan Haji Bujang Rangawan Putin, Sadong Jaya (84 mangsa), Masjid Kampung Seruyuk, Simunjan (80 mangsa) di Bahagian Samarahan dan Dewan Lintang Baru, Kampung Lintang Baru yang menempatkan 64 mangsa di Serian.

-SH

Tinggalkan komen anda