Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Orang Johor ‘Team’ Johor, namun semua masih anak Malaysia

By 4 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan / Foto Oleh : Mohd Zahid Othman  &Mohd Najib Mohaini  

 

ISKANDAR PUTERI, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Lebih 3,000 orang hadir meraikan Majlis Amanat Menteri Besar Johor 2018 di Pinewood Iskandar Malaysia Studios di sini hari ini.

Dalam ucapan perasmiannya, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru seluruh rakyat Johor supaya memberikan bakti terbaik untuk membangunkan dekad baharu untuk negeri ini.

Beliau berharap pesanan lima serangkai yang disampaikannya pada majlis itu dapat dijadikan pegangan dan panduan mereka dalam semua perkara yang dilakukan.

Majlis Amanat Menteri Besar 2018 dihadiri lebih 3,000 orang.

Majlis Amanat Menteri Besar 2018 dihadiri lebih 3,000 orang.

“Pertama, betulkan niat agar segala yang kita lakukan kerana Tuhan, untuk manusia dan demi masa hadapan Johor dan Malaysia.

Kedua, bangunkan negeri ini dengan sebaik-baiknya supaya lebih baik dan maju,” jelasnya.

Khaled juga berpesan walau pun rakyat Johor ini ‘TEAM’ Johor, namun mereka masih anak Malaysia yang patriotik dan cinta tanah air.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar mereka sentiasa menerapkan nilai terbaik dalam setiap pekerjaan serta kehidupan.

“Pesanan kelima dan terakhir, bawalah nama selaku bangsa berkemajuan, tidak kira sama ada penghuni kota mahu pun desa kerana kita semua ini akhirnya ‘TEAM’ Johor yang mahu membangunkan satu dekad baharu untuk negeri,” jelasnya lagi.

Khaled Nordin turut melancarkan skim Takaful CuepacsCare dan Takaful Cuepacs PA.

Khaled Nordin turut melancarkan skim Takaful CuepacsCare dan Takaful Cuepacs PA.

Pada majlis yang sama, Khaled melancarkan skim perlindungan Takaful CuepacsCare sebagai alternatif buat penjawat awam negeri untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta dan skim Perlindungan Kemalangan Diri Takaful CuepacsPA bagi meringankan beban kewangan penjawat awam apabila ditimpa kemalangan dalam tempoh 24 jam.

Bagi kedua-dua inisiatif tersebut, Kerajaan Negeri akan memberikan subsidi separuh daripada kadar bayaran caruman bulanan.

Turut dilancarkan Jauhar Selatan yang merupakan sebuah siri TV yang disiarkan melalui saluran Astro Ria.

Siri yang dihoskan oleh 12 orang artis tempatan yang berbeza dalam setiap episod membawa  penonton mengunjungi tempat-tempat menarik, makanan popular, sejarah warisan, budaya serta produk usahawan di setiap daerah negeri Johor.

Hadir sama pada majlis ini, termasuk Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani, Speaker Dewan Negeri Johor, Tan Sri Mohamad Aziz dan Menteri Pertahanan dan Tugas-Tugas Khas merangkap Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

– MRR/AAS

Tinggalkan komen anda