Skip to main content
Berita TempatanHomeLabuan

Ramai Kurang Pengetahuan Betul Penyembelihan Haiwan

By 5 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Faizal Mansor & Roziman Mahmudin (Labuan)

LABUAN, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Senator Dewan Negara Labuan, Datuk Bashir Alias menjelaskan masih ramai lagi umat Islam yang kurangnya pengetahuan serta kefahaman mengenai tatacara serta kaedah penyembelihan haiwan.

“Justeru kursus penyembelihan ayam anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK ) Kampung Bukit Kallam di sini diharapkan dapat memberikan kefahaman kepada peserta berkaitan ilmu dan kemahiran penyembelihan mengikut hukum syarak,” jelas Bashir.

Bashir (berdiri) berharap agar pihak penganjur dapat meneruskan lagi program ini pada masa akan datang.

Bashir (berdiri) berharap agar pihak penganjur dapat meneruskan lagi program ini pada masa akan datang.

Bashir berharap agar pihak penganjur dapat meneruskan lagi usaha-usaha seumpama ini dan pada masa yang sama para peserta memanfaatkan ilmu yang diperolehi daripada kursus ini bukan sahaja untuk diri sendiri bahkan kepada masyarakat Islam di Labuan ini khususnya.

“Program ini dapat meningkatkan pemahaman berkaitan kepentingan mendapatkan ilmu dan kemahiran penyembelihan mengikut syariat Islam yang sebenarnya daripada penceramah dan fasilitator dari  Jabatan Agama Islam Labuan yang diundang pada kursus kali ini,” ujarnya ketika merasmikan Majlis Penutupan kursus tersebut di Gelanggang Futsal, Kampung Bukit Kallam, di sini semalam.

Bashir juga menyambut baik usaha pihak penganjur khususnya KEMAS dan JKKK Kampung Bukit Kallam dalam menganjurkan kursus yang bermanfaat ini kepada penduduk kampung.

Seramai 40 orang peserta dari Kampung Sungai Bangat, Bukit Kuda dan Bukit Kallam menyertai kursus kali ini.

Turut hadir, Penyelia Kanan  Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Persekutuan Samiah Daud, Ketua Kampung Bukit Kallam, Tuah Abd Wahab serta Ustaz Mohd Ghaus Musa selaku fasilitator dari Jabatan Agama Islam Labuan.

– SH

 

Tinggalkan komen anda