Skip to main content
Home

Akademi TSAM Army Bakal Lahirkan Pemain Profesional

By 5 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Wan Shahilawati Wan Baharuddin & Robani Nabi Ahmad (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Tan Sri Annuar Musa melancarkan akademi bolasepaknya yang dinamakan Tan Sri Annuar Musa Al Hamra Red One Academy (TSAM Army) yang bakal melahirkan pemain bolasepak profesional.

Presiden Al Hamra Group, Tan Sri Annuar Musa berkata matlamat utama TSAM Army adalah untuk melahirkan lebih ramai pemain bolasepak negara.

Annuar (tengah) melancarkan TSAM Army di sini hari ini.

Annuar (tengah) melancarkan TSAM Army di sini hari ini.

“Akademi ini akan memberi fokus dengan menyungkil bakat baharu yang berumur sembilan hingga 16 tahun.

“TSAM Army akan beroperasi di 12 pusat latihan iaitu 10 pusat latihan untuk pelatih berusia 9 hingga 12 tahun, manakaka dua lagi untuk pelatih berusia 13 hingga 16 tahun,” katanya.

Tambah Annuar, pencarian bakat baharu secara terbuka akan dimulakan di pusat-pusat latihan tersebut pada 10 Febuari ini dan akan dilancarkan secara rasmi pada 17 Febuari ini di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Chengal, Ketereh.

“Kita menjemput kepada semua orang ramai untuk membawa anak-anak yang berminat untuk menunjukan bakat masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Pengisytiharan TSAM Army hari ini.

 

– SH

 

Tinggalkan komen anda