Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Masjid Rosak Akibat Banjir Besar Diganti Baharu

By 11 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan : Mohd Zulfadli Ab Hamid        Foto : Suhaimi Nik Wil (Kuala Krai)

KUALA KRAI, 11 Feb ( Malaysiaaktif ) – Sebuah masjid baharu bakal dibina di sini bagi menggantikan masjid lama yang rosak akibat banjir besar yang melanda daerah ini pada 2014 yang lalu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Dabong, Datuk Ramzi Abdul Rahman, masjid yang akan dibina ini merupakan tanggungjawab kerajaan pusat yang tidak pernah melupakan rakyat di negeri ini walaupun ditadbir oleh pembangkang sejak sekian lama.

Masjid baharu Mukim Kuala Pertang bakal didirikan pada tapak seluas 1.5 ekar ini.

Masjid baharu Mukim Kuala Pertang bakal didirikan pada tapak seluas 1.5 ekar ini.

“Ini juga menunjukkan Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sangat mementingkan dan memartabatkan syiar Islam.

“Pembinaan masjid ini bukan satu-satunya projek kerajaan pusat di daerah ini, malah banyak lagi projek-projek besar sedang dilaksanakan seperti Pembinaan Hospital Kuala Krai di Pahi, pembinaan jalan bertingkat di Guchil, pembinaan Jambatan Kampung Pemberian dan banyak lagi,” katanya.

“Rakyat perlu menilai semua usaha kerajaan pusat ini dan perlu menyokong dasar-dasar kerajaan agar bantuan dan pembangunan dapat terus dilaksanakan untuk kemudahan rakyat,” tambahnya lagi.

Masjid bernilai lebih RM2 juta ini boleh menempatkan seramai 700 jemaah ini akan didirikan di atas sebuah tanah berkeluasan 1.5 ekar dan berada di atas bukit bagi mengelakkan ditenggelami banjir.

Masjid yang dijangka siap dalam masa setahun ini diharapkan boleh memberi manfaat dan keselesaan kepada seluruh penduduk terutama masyarakat Mukim Kuala Pertang.

-SH

Tinggalkan komen anda