Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohorSains & Teknologi

Melestarikan Tenaga Hijau Dengan Mini-Hydro Hybrid

By 22 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan & Foto oleh: Mohamed Hirsham  Azmi (Pontian)

TANJUNG PIAI, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Malaysia dan Jepun menjalinkan usahasama dalam pembangunan teknologi tenaga yang diperbaharui melalui Mini-Hydro Hybrid Terapung di Pontian.

Kerjasama antara Majlis Daerah Pontian bersama Majlis Bandaraya Toyama, Jepun ini bertujuan melestarikan sumber penjanaan elektrik yang sedia ada ke arah penggunaan sumber yang lebih hijau.

Ia juga dapat menjimatkan kos operasi perkhidmatan kerajaan di negeri ini.

WhatsApp Image 2018-02-22 at 08.26.43

Sesi menandatangani Pelancaran Projek Perintis Mini-Hydro Hybrid.

Menurut ucapan Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khalid Nordin, yang dibacakan oleh Pegawai Khas beliau, Datuk Ismail Ibrahim semalam, program perintis ini program yang disenaraikan dalam Bajet 2018.

Dalam ucapan Bajet 2018, Mohamed Khalid telah mengumumkan inisiatif ini dan kerajaan negeri memperuntukkan RM200 ribu bagi merealisasikan projek ini.

“Projek perintis yang dilaksanakan hari ini adalah selaras dengan Dasar Kelestarian Negeri Johor di dalam teras yang ketiga iaitu mempromosikan teknologi hijau dan mempromosikan kelestarian tenaga.

Menurutnya lagi, projek ini pelan contoh tindakan masyarakat rendah karbon, khususnya di Pontian kerana daerah ini hub tenaga bersih dan agro.

“Bukan itu sahaja, malah projek ini yang pertama seumpamanya di rantau Asia ini dan akan mendapat perhatian diserata dunia,” ujarnya lagi.

Model Mini-Hydro Hybrid Terapung

Model Mini-Hydro Hybrid Terapung

“Dengan teknologi Mini-Hydro Hybrid ini, dapat menghasilkan kapasiti tenaga sehingga 1000w yang boleh digunakan untuk tujuan pendidikan , pindahan teknologi dan penggunaan teknologi hijau. Selain itu, kita mampu untuk memenuhi keperluan kegunaan harian untuk operasi di pejabat jualan tiket Taman Negara Tanjung Piai.

“Saya berharap dengan inisiatif ini dapat mengurangkan kos utiliti serta dapat mengurangkan kesan pelepasan gas rumah hijau (GHG) sebanyak 58 peratus menjelang 2025 nanti,” ujarnya.

Menurut seorang staf Taman Negara Tanjung Piai, Azman Hussaini, 33, “Penggunaan teknologi ini sedikit sebanyak memberikan pendedahan kepada kami tentang penggunaan tenaga hijau dan dapat mengurangkan kos utiliti yang tinggi di Taman Negara ini.”

Beliau berharap agar inisiatif ini digunapakai diseluruh Negeri Johor supaya dapat melestarikan alam sekitar secara menyeluruh.

 

– MRR/AAS

Tinggalkan komen anda