Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

PENAWAR Tekad Salurkan Bantuan

By 22 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Noor Mahmuddin (Jeli)

JELI, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Persatuan Isteri-isteri dan Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional (PENAWAR) Kelantan akan terus menyalurkan bantuan kepada kanak-kanak istimewa di negeri ini.

Yang Dipertuanya, Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah berkata, untuk tahun ini pihaknya telah menyediakan peruntukan untuk tiga pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di dalam Parlimen Jeli dan ia akan ditambah mengikut keperluan semasa demi menjaga kebajikan mereka.

Mat Abu Hamat (berbaju biru) menerima cek RM 5 ribu dari Khamarzan sambil diperhatikan oleh Pegawai JKM Jeli, Saiful Nizam (berbaju batik coklat).

Mat Abu Hamat (berbaju biru) menerima cek RM 5 ribu dari Khamarzan sambil diperhatikan oleh Pegawai JKM Jeli, Saiful Nizam (berbaju batik coklat).

Beliau berkata, PENAWAR telah menyalurkan sebanyak RM36,000 kepada sejumlah 46 buah pusat terbabit bagi seluruh negeri Kelantan dengan setiap sebuah menerima sebanyak RM1,000 tahun lepas.

“Dengan penambahan ini, sudah tentu lebih ramai pelatih yang dapat ditempatkan dengan pelbagai kemudahan serta keselesaan disediakan,” katanya sempena Program Kesihatan dan Pergigian Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) disini, hari ini.

Menurut Pengerusi PDK Bandar Jeli, Datuk Haji Mat Abu Hamat, peruntukan untuk PDK ini sentiasa ditambah setiap tahun.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Jeli, Saiful Nizam menjelaskan, Jabatan Kebajikan Masyarakat menyambut baik sumbangan daripada pelbagai pihak bagi turut membantu dalam menyediakan kemudahan serta keselesaan kepada pelatih-pelatih PDK di seluruh Parlimen Jeli.

“Usaha serta sumbangan Datin Seri amat dihargai dan warga Jeli bertuah mempunyai pemimpin yang sentiasa turun padang mendekati permasalahan masyarakat setempat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Khamarzan yang juga isteri kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed turut merasmikan serta melawat bengkel jahitan Program Pemerkasaan Ekonomi (EEP)  PDK Bandar Jeli yang baru beroperasi dan gerai-gerai pameran Jabatan Kesihatan dan Agensi Antidadah Kebangsaan.

– SH/AAS

Tinggalkan komen anda