Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

MIB Tingkatkan Taraf Hidup Masyarakat India

By 27 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto : Ramasamy Amas (Jempol)

SEREMBAN, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat India, kerajaan telah melancarkan Plan Pembangunan Masyarakat India (MIB) yang merangkumi program pembangunan sosial ekonomi untuk tempoh 10 tahun (2016 hingga 2026) dan akan melancarkan Amanah Saham Khas untuk masyarakat India bagi kumpulan B40.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan sentiasa mendokong dasar dan falsafah bersifat inklusif, adil, progresif dan mewujudkan masyarakat saksama supaya kekayaan  negara dapat dinikmati bersama.

Najib sempat bertanya khabar kepada seorang pelajar sekolah ketika perasmian SJKT Bandar Sri Sendayan, semalam.

Najib sempat bertanya khabar kepada seorang pelajar sekolah ketika perasmian SJKT Bandar Sri Sendayan, semalam.

“Saya yakin dan percaya masayarakat India tetap akan bersama dengan kerajaan dan akan menyokong kepimpinan serta mengekalkan kerajaan sedia ada,” katanya ketika berucap merasmikan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar Sri Sendayan, petang semalam.

Sebelum itu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerajaan telah menunaikan semua permintaan masyarakat India di negeri Sembilan terutamanya yang melibatkan hak milik tanah untuk sekolah dan mewartakan tanah rumah ibadat supaya kekal.

Sementara itu Presiden MIC merangkap Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menjelaskan sejak dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, kerajaan telah memperuntukan hampir RM1 billon untuk pembangunan sekolah tamil di seluruh negara tidak termasuk peruntukan yang diluluskan dibawah program Pembangunan Sosiol Ekonomi Masyarakat India (SEDIC).

– SH

 

Tinggalkan komen anda