
Ā Laporan dan foto : Mohd Hussin Abdullah (Tumpat)
TUMPAT, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Jualan Muroh Ko Rakyat telah diadakan di Perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor disini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran lebih 800 orang daripada pelbagai golongan.
Program anjuran UMNO Bahagian Tumpat dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan ini merupakan kali ketiga program ini dilaksanakan di sini.
Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz, berkata program ini dianjurkan untuk rakyat Tumpat, khususnya rakyat Pengkalan Kubor untuk membeli barangan keperluan runcit basah dan kering dengan harga murah dan berkualiti.
āProgram seumpama ini harus diadakan setiap bulan untuk membantu rakyat membeli barangan dengan harga yang murah dan sekali gus mengurangkan bebanan rakyat,ā ujarnya.
Seorang suri rumah, Nik Fatimah Jusoh, 47, yang ditemaniĀ anaknya berkata beliau hadir pada hari ini semata-mata untuk membeli barangan murah.
āHari ini saya beli sayur-sayuran, minyak masak, gula dan susu lebih sikit kerana harganya lebih murah berbanding harga dipasaran,ā ujarnya.
Seorang lagi pengunjung, Siti Zubaidah Kamarudin, 43, daripada Kampung Ketil berharap agar ramai lagi peniaga-peniaga yang turut serta dalam program ini supaya pengunjung dapat membuat pelbagai pilihan barangan yang dijual.
Turut hadir ke program ADUN Pengkalan Kubor, Mat RaziĀ Mat Ail, Timbalan Pengarah KPDNKK, FirdusĀ Zakaria dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Tumpat, Nik NorizaĀ Nik Salleh.