
LAPORAN : Asmidar Zainol / FOTO : Jeffren Malaning (Sabah)
KOTA BELUD, SABAH, 18 Feb. (Malaysiaaktif) – Lebih dua ribu pengunjung menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2018, Kapitan Cina Kota Belud, Datuk Andy Chua di pada sabtu.
Andy berkata, dia terharu dan gembira di atas kehadiran dan sambutan oleh penduduk-penduduk kampung ke majlis rumah terbuka tersebut.
“Saya dan isteri, Sukinah Giong tidak menyangka begitu ramai yang hadir pada hari ini dan kehadiran mereka mengambarkan keharmonian masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum di sini.
“Ia juga menggambarkan bahawa hidup dalam perpaduan dan konsep 1Malaysia telah wujud sekian lama di dalam komuniti Kota Belud dan akan terus berkekalan,” ujarnya.

Kita Okey… Andy (dua dari kanan) dan Sukinah bergambar kenangan bersama Salleh (kanan) dan Raya (kirI)
Majlis pagi tadi turut dimeriahkan dengan kehadiran ADUN N8 Usukan merangkap Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruk dan isteri, Datuk Raya Erom serta keluarga.
Salleh dan keluarga tiba pada pukul 11 pagi, turut meluangkan masa beramah-mesra dengan para tetamu yang hadir sambil menyaksikan persembahan tarian naga dan singa.
-MRR