Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

BN Kota Belud Lancar Jentera PRU 14

By 19 Februari 2018Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

LAPORAN      :           Asmidar Zainol /                      FOTO :  Jeffren Malaning (Sabah)

 

KOTA BELUD, SABAH, 18 Feb. (Malaysiaaktif) – Barisan Nasional Kota Belud melancarkan Jentera Pilihanraya ke-14 di kawasannya iaitu Tempasuk, Usukan dan Kadamaian di Parlimen 169 Kota Belud pada Jumaat.

Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Belud, Azuwan Marjan.

Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Belud, Azuwan Marjan.

Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Belud, Azuwan Marjan, berkata pergerakan tersebut telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU14 nanti.

“Kita telah kenalpasti terdapat lebih 10ribu pengundi berdaftar di daerah Kota Belud jadi kita cuba mengenalpasti mereka.

“Selepas ini kita akan melakukan aktiviti seperti Santai Bersama Anak Muda, aktiviti Sukan, dan juga buat lawatan ke akar umbi dengan kerjasama NGO dan bergerak mengikut pusat daerah mengundi.

“Misi kita bukan dengan memberi penumpuan kepada ahli-ahli parti tetapi juga dengan golongan muda di luar sana yang terasa disisihkan.

“Pergerakan pemuda ini ialah satu entiti yang bergerak mendekati mereka dan mendengar apa jua suara dan hasrat yang mereka inginkan sampaikan khusus untuk kebaikan pihak kerajaan,” katanya.

Azuwan turut memaklumkan, pergerakan berkenaan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Majlis Belia Sabah bakal menganjurkan Himpunan Belia Kota Belud pada 24 dan 25 Februari ini, bermula pada pukul 10pagi.

“Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang adalah perlawanan bola tampar, dat dan julung kalinya akan diadakan pertandingan permainan atas talian Mobile Legend yang sangat hangat dan popular dikalangan remaja dan anak-anak muda pada masa kini.

“Turut akan diadakan adalah kempen menderma darah, karnival pendidikan dan kerjaya, penyampaian peralatan sukan kepada persatuan serta kelab belia yang berdaftar dan dijangkakan seramai dua ribu orang akan menyertai program berkenaan,”ujarnya semasa ditemui di Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Barisan Nasional P169 Kota Belud.

Ketua Puteri Bahagian Bahagian Kota Belud, Masnatu Satong.

Ketua Puteri Bahagian Bahagian Kota Belud, Masnatu Satong.

Sementara itu, Ketua Puteri Bahagian Bahagian Kota Belud, Masnatu Satong, setakat ini mereka telah menyusun Jentera Pilihanraya dipertangjawabkan untuk menguruskan bahagian teknologi maklumat (IT).

“Diperingkat Kota Belud kita sentiasa bersiap sedia kemungkinan pilihan raya akan berlaku pada bila-bila masa.

“Puteri bergerak melalui program-program Puteri Peduli iaitu kami menjalankan program kemasyarakatan seperti Ziarah Kasih khusus kepada golongan wanita muda,”katanya kepada pemberita.

Untuk rekod, sehingga hari ini terdapat lebih tiga ribu ahli Puteri yang telah mendaftar sebagai pengundi.

Sadrah Baratun.

Sadrah Baratun.

Bagi Ketua Wanita Cawangan Taun Gusi Keranjangan, Sadrah Baratun berkata  Jentera Pilihan Raya Wanita yakin akan mendapat kejayaan yang lebih  besar.

“Dengan kerja keras, usaha dan tawakal, insyallah kita akan dapat merealisaikan impian tersebut.
“Setakat ini tiga ribu ahli telah mendaftar dan kami akan berusaha untuk memastikan setiap pendaftar undi keluar mengundi pada hari berkenaan,” katanya.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda