Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

325,518 Pesawah Seluruh Negara Terima RM600

By 28 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan oleh  :  Noor Faeizah binti Ahamad
Foto oleh  :  Syed Ahmad Farhan bin Syed Mohamad

 

JERLUN, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, telah mengumumkan bantuan kepada pesawah sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh 3 bulan berjumlah RM600 sementara menunggu hasil tuaian padi Majlis Pelancaran Bantuan Khas Pesawah Peringkat Kebangsaan 2018.

Pemberian ini sepertimana yang di janjikan pada pembentangan Bajet 2018 yang lalu - Najib Razak

Pemberian ini sepertimana yang di janjikan pada pembentangan Bajet 2018 yang lalu – Najib Razak

Ini sepertimana yang di janjikan pada pembentangan Bajet 2018 yang lalu.

Menurut Perdana Menteri semasa berucap di hadapan lebih 10000 orang hadirin, di Pekan Sehari, Alor Biak, Seramai 325,518 pesawah seluruh negara dan pengusaha padi termasuk Sabah dan Sarawak yang bakal menikmati bantuan tersebut. Ia bertujuan untuk meringankan beban kewangan pesawah dan pengusaha padi.

Najib Razak memotong daging untuk dijual dengan harga RM10 sekilogram semasa majlis ini

Najib Razak memotong daging untuk dijual dengan harga RM10 sekilogram semasa majlis ini

Perdana Menteri juga menambah, Jualan Sentuhan Rakyat yang giat di laksanakan di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekurang-kurangnya dua kali sebulan bertujuan membantu rakyat mendapatkan barang keperluan dengan harga yang berpatutan.

Antara pesawah yang hadir

Antara pesawah yang hadir

Lebih menggembirakan hari ini, apabila beliau membuat tawaran istimewa kepada pesawah padi di seluruh negara iaitu, “Seandainya Barisan Nasional di beri sokongan sepenuhnya dalam pilihan raya akan datang, pada malam kemenangan itu, akan di umumkan kenaikan khas kepada pesawah – pesawah padi.

gerai-gerai jualan murah untuk rakyat

Gerai-gerai jualan murah untuk rakyat

Bersempena program ini, turut di adakan Jualan Karnival Pengguna, Jualan Sentuhan Rakyat, cabutan bertuah dan pameran berinformasi daripada pelbagai agensi.

Salah seorang pesawah yang hadir, Mat Zahir Hashim, 60, mengatakan bahawa bantuan tersebut dapat meringankan beban memandangkan mereka turut menyumbang kepada pendapatan negara dalam sektor pertanian.

WhatsApp Image 2018-03-28 at 10.38.33

Turut hadir bersama-sama ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, Menteri Pertanian, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Timbalan Menteri Kewangan 1 merangkap Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz serta barisan kepimpinan Negeri Kedah.

– MRR

Tinggalkan komen anda