Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Al-Quran Mendidik Umat Manusia Supaya Berilmu – Rahman

By 3 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan :Mohd Baharruddin Mohamad
Foto : Parno Selamat (Sarawak)

KUCHING, 3 Mar (Malaysiaaktif) – Al-Quran sesungguhnya sangat menekankan akan kepentingan membaca dan mengamati kejadian alam serta menyelidiknya agar kehidupan kita sentiasa di bawah petunjuk-Nya.

Menurut Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Sarawak, Abdul Rahman Junaidi, Al-Quran memimpin ke arah penyatuan dan perpaduan ummah sebagai landasan menjayakan apa jua perancangan demi kemajuan negeri dan negara.

Safwan dan Roziah bersama hadiah kemenangan masing-masing.

Roziah (kiri) dan Safwan bersama hadiah kemenangan masing-masing.

“Antara lain Al-Quran yang diturunkan mengajak dan menyeru manusia untuk membaca.

“Membaca adalah jambatan ilmu dan kerana ilmulah yang akan meningkatkan darjat dan memartabat insan di dunia ini.

“Melalui ilmu, manusia dapat menguasai dan menguruskan alam dan memanfaatkan segala nikmat kurniaan-Nya untuk kemudahan dan kesejahteraan manusia sejagat,” katanya ketika merasmikan penutupan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Sarawak di sini, semalam.

Taib Mahmud menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Taib Mahmud menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Johan bagi kategori lelaki majlis tilawah kali ini dimenangi Mohd Safwan Mahli dari Kuching dan bagi kategori wanita diraih Roziah Ayup dari Mukah.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000, pakej umrah, piala pusingan, piala iringan, hadiah iringan beserta sijil penyertaan.

Tempat kedua dan ketiga bagi kategori lelaki dimenangi Mohamad Faizzil Affendi (Miri) dan Muhamad Hafiez Shafie (Samarahan) manakala untuk kategori wanita, tempat kedua disandang oleh Nur Syakura Mohamad Musa (Kuching) dan di tempat ketiga Farra Liza Mohamad Musa dari Miri.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai, trofi, sijil penyertaan beserta hadiah iringan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

-SH

Tinggalkan komen anda