Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

SICC Bersedia Terima Tempahan Dari Pelbagai Agensi

By 2 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

LAPORAN      :   Asmidar Zainol / FOTO : Nasrie Tapisil (Sabah)

 

KOTA KINABALU, 02 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 80 Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada khamis.

Timbalan Pengarah, Yayasan Sabah, Datuk Rosmawati Lasuki berkata, lawatan tersebut adalah bagi memperkenalkan SICC kepada ketua-ketua jabatan dan agensi sebagai persediaan membuat perancangan acara di pusat konvensyen berkenaan.

“Lawatan tapak pada hari ini adalah sebagai salah satu aktiviti promosi bagi memperkenalkan SICC kepada ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan agar mereka dapat merancang acara untuk tahun hadapan.

“Kita menawarkan lokasi dengan fasiliti berkapasiti serendah 50 orang hingga 10ribu orang pada satu-satu masa dengan harga yang berpatutan dan lebih rendah jika dibandingkan dengan lokasi-lokasi lain,” jelasnya.

Peserta mendengar taklimat berkenaan fasiliti SICC.

Peserta mendengar taklimat berkenaan fasiliti SICC.

Tambah Rosmawati, bangunan tersebut kini telah siap 80 peratus dan menyasarkan untuk beroperasi sepenuhnya pada akhir tahun ini.

“Bagi tujuan tersebut, Yayasan Sabah telah mengadakan siri jelajah kebeberapa zon bagi mendapatkan tenaga pekerja tempatan.

“Selain memperkenalkan SICC, Yayasan Sabah akan turut membuat pengambilan pekerja yang mana mereka akan diberi latihan selama tiga bulan di zon masing-masing dan selepas itu mereka akan ditemuduga.

“Sekiranya mereka berjaya dalam temuduga tersebut, mereka akan diberi latihan intensif selama tiga bulan lagi di SICC sebelum pengoperasian SICC pada Januari 2019,” katanya kepada pemberita selepas lawatan tapak tersebut.

Rosmawati (dua dari kiri) turut memberi penerangan kepada peserta lawatan.

Rosmawati (dua dari kiri) turut memberi penerangan kepada peserta lawatan.

Menurut Rosmawati, pada siri jelajah tersebut, Yayasan Sabah juga akan mencari usahawan-usahawan tempatan untuk menjadi pembekal kepada SICC.

“Kita berharap dapat membantu usahawan luar bandar untuk membekalkan hasil pertanian dan ternakan kepada SICC.

“Yayasan Sabah berharap nikmat  pembangunan ini bukan hanya dirasai oleh penduduk bandar sahaja tetapi juga mereka yang tinggal di luar bandar,” ujar beliau.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda