Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Kerajaan Iktiraf Sumbangan, Komitmen RELA – Musa

By 14 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

         LAPORAN:Idris Sani Saberun / FOTO : Saiful Rahman Sabri

KOTA KINABALU, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Keberadaan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di seluruh negeri membawa banyak perubahan dalam konteks keselamatan dan ketenteraman.

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata, komitmen yang ditunjukan setiap pegawai dan anggota RELA membuktikan bahawa mereka sentiasa komited dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

“RELA telah mendapat tempat di hati masyarakat sebagai salah sebuah pasukan keselamatan yang terdiri daripada sukarelawan yang ikhlas berjuang dan berbakti demi negara dan bangsa.

“Komitmen dan dedikasi ini dapat dilihat dalam Operasi Bersepadu, Operasi Banjir dan bencana alam serta kawalan setempat yang melibatkan agensi kerajaan ataupun swasta.

“RELA kini turut bertugas bersama-sama polis dalam penugasan rondaan cegah jenayah dan yang terbaharu, RELA terlibat melaksanaakan rondaan kawalan keselamatan ESSZONE bermula Januari lalu,” ujarnya.

Musa melakukan pemeriksaan kawalan kehormat Pasukan Keselamatan RELA sejurus tiba di perkarangan Dewan Censelor UMS.

Musa melakukan pemeriksaan kawalan kehormat Pasukan Keselamatan RELA sejurus tiba di perkarangan Dewan Censelor UMS.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Ulang Tahun RELA Ke-46 Peringkat Negeri di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah, pada Sabtu.

“Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun RELA Ke-46 ini, Kerajaan Negeri ingin melahirkan rasa bangga, penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan, komitmen dan kerjasama yang telah diberikan oleh RELA selama ini.

“Sebagai kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab, kita akan terus membantu pasukan keselamatan termasuk RELA agar dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan berkesan.

SUMBANGAN... Musa menyampaikan sumbangan Insuran Berkelompok RELA kepada Samsiah Mohamad (kiri) sambil disaksikan Mohammad Pauzi (tengah)

SUMBANGAN… Musa menyampaikan sumbangan Insuran Berkelompok RELA kepada Samsiah Mohamad (kiri) sambil disaksikan Mohammad Pauzi (tengah)

“Kita sedar tanpa pengorbanan pasukan keselamatan sudah tentu kita tidak dapat menikmati keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan seperti yang kita kecapi kini,” tambah beliau.

Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Setiausaha Persekutuan Sabah  Datuk Nor Rizan Mohd Tahni; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman; Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Razarudin Hussain serta Pengarah RELA Sabah, Mohammad Pauzi Jhumat.

Musa memaikan pangkat Ahli Bersekutu RELA kepada Nor Rizan

Musa memakaikan pangkat Ahli Bersekutu RELA kepada Nor Rizan

Pada majlis tersebut, Musa turut memakaikan pangkat Ahli Bersekutu RELA kepada Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Tahni.

Musa, Masidi (tiga kanan) dan Sukarti (dua kanan) melambaikan tangan kepada Perdana Menteri semasa mengikuti persidangan video Sambutan Ulang Tahun Ke-46 RELA Peringkat Kebangsaan.

Musa, Masidi (tiga kanan) dan Sukarti (dua kanan) melambaikan tangan kepada Perdana Menteri semasa mengikuti persidangan video Sambutan Ulang Tahun Ke-46 RELA Peringkat Kebangsaan.

Terdahulu Musa serta lebih 5,000 anggota RELA di Sabah mengikuti ucaptama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-46 RELA Peringkat Kebangsaan secara persidangan video di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), manakala Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengikuti siaran langsung itu di Stadium Perpaduan Petrajaya, Sarawak.

-MRR

Tinggalkan komen anda