Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

KKMM Turut Membantu Pembangunan Pendidikan – Salleh

By 24 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan
Ā  Ā  Ā Laporan oleh: Idris Sani Saberun/Foto: Vicky Matanjang

 

KOTA BELUD, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) turut berperanan secara tidak langsung dalam proses pembangunan pendidikan negara selain tugas utama sebagai penyampai maklumat rasmi kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Tun Said berkata, usaha itu selaras dengan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang menyasarkan pembangunan serta pertumbuhan berpaksikan rakyat agarĀ dapat dinikmati secara menyeluruh.

Salleh meletakkan telapak tangan kepada mesin pengimbas sebagai gimik pelancaran Program Pendidikan Bersama Utusan Malaysia dan Program Edaran Tablet Guru Peringkat Negeri Sabah.

Salleh meletakkan telapak tangan kepada mesin pengimbas sebagai gimik pelancaran Program Pendidikan Bersama Utusan Malaysia dan Program Edaran Tablet Guru Peringkat Negeri Sabah.

“KKMM sentiasa membuka ruang dan menyokong apa juga rangka kemajuan termasuk pendidikan selain menaiktaraf pembangunanĀ infrastruktur bagi melahirkan generasi celik teknologi maklumat terutama di kawasan luar bandar,”kata beliau.

Salleh berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pendidikan Bersama Utusan Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan II, di sini pagi tadi.

Salleh, Maimunah dan Aziz menunjukan isyarat 'bagus' kepada kolaborasi pintar Utusan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bersama-sama para ibu bapa dan kakitangan pendidikan sejurus majlis perasmian tersebut.

Salleh, Maimunah dan Aziz menunjukan isyarat ‘bagus’ kepada kolaborasi pintar Utusan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bersama-sama para ibu bapa dan kakitangan pendidikan sejurus majlis perasmian tersebut.

Dalam pada itu,Ā beliau turut menyentuh berkenaan pentingnya peranan media massa dalam menyumbang kepada kepesatan perkembangan pendidikan negara.

“Media merupakan medium pengantara dalam menyalurkan maklumat, selain mampu memupuk generasi muda meminati pelbagai bidang terutama aliran pendidikan yang pelbagai.

Salleh (tiga ?dari ?kiri) dan Maimunah (dua ?dari ?kanan) bersama-sama melakukan gimik Pelancaran Edaran Tablet Peringkat Negeri Sabah sambil disaksikan Aziz (dua ?dari ?kiri) dan Anjan (kanan)

Salleh (tiga ?dari ?kiri) dan Maimunah (dua ?dari ?kanan) bersama-sama melakukan gimik Pelancaran Edaran Tablet Peringkat Negeri Sabah sambil disaksikan Aziz (dua ?dari ?kiri) dan Anjan (kanan).

“Para pengamal media perlu memainkan peranan dengan penuh dedikasi dalam menyalurkan maklumat tepat berserta suntikan elemen tarikan yang menarik sebagai formula utama dalam mengekalkan kedudukannya sebagai sumber rujukan serta pembekal maklumat yang jitu,ā€ katanya.

BeliauĀ turut memuji kolaborasi pintar antara Utusan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dalam melaksanakan program itu, Ā dan berharap dapat dicontohi oleh syarikat dan badan korporat yang lain.

Aziz (dua kiri) menyerahkan kata laluan dan tajaan tutor.com.my kepada Salleh yang kemudiannya diserahkan kepada Maimunah (dua kanan) untuk diagihkan kepada?? ?6,000 orang pelajar di Parlimen Kota Belud.

Aziz (dua kiri) menyerahkan kata laluan dan tajaan tutor.com.my kepada Salleh yang kemudiannya diserahkan kepada Maimunah (dua kanan) untuk diagihkan kepada?? ?6,000 orang pelajar di Parlimen Kota Belud.

Pada majlis itu, Salleh turut menaja Akhbar Sisipan Tutor kepada enam ribu orangĀ  pelajar di Parlimen Kota Belud serta melancarkan Program Edaran Tablet kepada Guru-guru Peringkat Negeri Sabah.

Hadir sama, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak; Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul; Pemangku Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Anjan Rudin dan Pengetua SMK Pekan II Kota Belud, Liasin Kaloh

– MRR

Tinggalkan komen anda