Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

NBOS-CTU Baiki Dua Buah Rumah di Pengkalan Chepa

By 21 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Hasniza Hassan & Khairunnisa Ismail (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian (MPP) Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman, hari ini menyerahkan rumah yang telah dibaik pulih sempena program peluasan skop Strategi Lautan Biru Kebangsaan – Menghubung dan Menyatu (NBOS-CTU) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Menurut Zaluzi peruntukan untuk program yang melibatkan dua buah rumah daif ini disalurkan oleh KKMM melalui ketua setiausahanya, Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Zakiah (dua dari kanan) terharu kerana rumahnya kini telah dibaiki.

Zakiah (dua dari kanan) terharu kerana rumah usangnya kini telah dibaiki.

“Program ini menunjukkan bantuan tetap diberikan kepada golongan sasaran yang layak tanpa mengira kawasan pentadbiran kerajaan mahupun pembangkang.

“Dasar seperti ini akan tetap diteruskan melalui pelbagai kementerian dan agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan hari ini demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat,” katanya yang merasmikan majlis berkenaan di Kampung Kemumin, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Seorang penerima bantuan, Zakiah Ismail, 54, berasa bertuah dan bersyukur apabila kediamannya telah dibaik pulih di bawah program ini.

“Sebelum ini rumah saya cukup daif dengan papan dinding yang telah reput, kebocoran pada bumbung dan atap, tetapi hari ini semuanya telah dibaiki. Terima kasih atas sumbangan yang cukup besar maknanya pada saya ini,” katanya penuh sebak.

Sementara itu, Zaleha Abdullah, 45, yang turut menerima bantuan daripada KKMM ini amat teruja dan bersyukur kerana terpilih dalam program ini.

“Bertahun lamanya saya menanti mana-mana agensi untuk menghulurkan bantuan seperti ini kerana saya sekeluarga sememangnya tidak mampu untuk membaiki kediaman ini dengan pendapatan harian yang tidak tetap, tetapi hari ini impian saya menjadi kenyataan,” ujarnya.

-SH

 

Tinggalkan komen anda