Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

Pendapatan Meningkat di Ekspo Terengganu 2018

By 2 Mac 2018Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto : Affendi Ahmad & Maherah Marina (Kuala Terengganu)

KUALA NERUS, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Peluang berniaga di Ekspo Terengganu 2018 yang bermula 25 Februari lalu membuka ruang kepada usahawan dari Kuala Setiu, Fatimah Che Long, 63, untuk menambah pendapatan sehingga lebih RM1,000 sehari.

Peluang perniagaan ini bukan sahaja menambah pendapatan beliau, tetapi juga telah mengembangkan jaringan perniagaannya, di mana ramai pelanggan yang sudi menjadi agen untuk memasarkan produk industri desa seperti budu, belacan, ikan kering dan cuka nipah ke tahap lebih tinggi.

“Sejak hari pertama ekspo, jualan produk industri kecil dan sederhana (IKS) mendapat sambutan baik daripada pengunjung dan mampu mendapat pulangan hampir RM1,000.

“Makcik jual budu, belacan, ikan kering dan cuka nipah yang diproses sendiri di rumah secara berperingkat, jadi hasilnya tidak sama seperti di kilang.

“Alhamdulillah, saya tidak sangka apabila ditawarkan berniaga di sini, pendapatan saya meningkat, dapat banyak tempahan dan ada yang berminat untuk menjadi pembekal,” katanya yang ditemui di gerai jualannya di tapak ekspo Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.

Fatimah mengusahakan perniagaannya dengan dibantu suami, Mat Ali Ismail, 66, yang juga seorang nelayan sejak lima tahun lalu.

Fatimah berkata, penganjuran ekspo seperti ini banyak membantunya menjana pendapatan dan mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada kerajaan negeri.

Ekspo Terengganu 2018 akan berakhir 3 Mac ini dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

-SH

Tinggalkan komen anda