Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHome

Penjawat Awam Tunjang Utama Kerajaan

By 2 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan Foto Oleh : Fatin Nabila Muktar dan Norhayati Yusoff
PENDANG, 2 Mac (Malaysiaaktif) – “Jika dahulu saya bersekolah tanpa alatan yang cukup, berjalan melalui denai, bukannya seperti sekarang jalan elok dan berturap, kelengkapan sekolah juga lengkap,” ujar Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul mengimbau kenangan dahulu.

Beliau berkata demikian semasa menjadi panel Dialog Santai Bersama Penjawat Awam di Pendang Lake Resort pada Rabu lalu.

Bersempena program ini, beliau berkata, “sifat amanah perlu ada dalam diri seorang penjawat awam.

Ahli Parlimen Pendang memberi penjelasan pembangunan di Pendang kepada penjawat awam

Ahli Parlimen Pendang memberi penjelasan pembangunan di Pendang kepada penjawat awam

Sebelum menyebarkan berita siasat dahulu sama ada ia benar atau palsu, jangan terus menyampaikan maklumat tanpa menyelidik terlebih dahulu supaya negara kita aman,” nasihatnya lagi.

Dialag anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah bersama Majlis Keselamatan Negara ini menampilkan ahli panel berkaliber iaitu Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul dan Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib serta Moderator program juga Pegawai Penerangan Daerah Langkawi, Ahmad Farid Abu Dzarim.

Seorang lagi panel dialog tersebut Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, bawah ke atas atau ‘Bottom-Up’ merupakan kaedah tepat dalam merungkai permasalahan rakyat daripada akar umbi disuarakan hingga ke peringkat atasan.

Ia membolehkan rakyat dan kerajaan mencapai kesepakatan yang diingini dalam pembangunan negara, ujarnya.

Menurut Md Shukri Shuib, penjawat awam di Malaysia perlu berfikir dengan bijak dalam menggunakan kemudahan media sosial.

Tambahnya lagi, penjawat awam perlu bijak dalam menangani cabaran media sosial kerana ia merupakan racun yang berbisa kepada negara.

Program dialog santai ini membicarakan tentang pembangunan di daerah Pendang dan Pokok Sena serta mengupas mengenai isu-isu semasa telah dihadiri oleh pelbagai kaum daripada jabatan kerajaan dan institusi pendidikan dari daerah Pendang dan Pokok Sena.

Menurut seorang kakitangan awam, Nor Azman Yahya, 24 berkata, “dengan penganjuran dialog santai ini saya dapat gambaran yang lebih jelas mengenai isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan mengenai kerajaan.

Maklumat sahih dan tepat lebih yakinkan saya untuk terus menyokong kerajaan dan menyangkal fitnah pembangkang,” ujarnya lagi.

Program dialog santai ini akan diteruskan lagi dibeberapa lokasi terpilih di Kedah dalam konteks mendekati penjawat awam secara inklusif agar suara mereka didengari dan fungsi penjawat awam sebagai perantara kerajaan dapat dilaksanakan secara efisien dalam menyebarkan dasar-dasar kerajaan dan agenda negara.

Sebagai anak kelahiran Pendang, Othman menjelaskan bahawa beliau bersyukur dan berbangga dengan pembangunan yang wujud di Pendang.

– MRR

Tinggalkan komen anda