Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

100 Orang Asnaf Terima Bantuan Zakat

By 13 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Siti Noor Asmani Che Mat Saleh (Tumpat)

TUMPAT, 13 April (Malaysiaaktif) – Seramai 100 orang asnaf hadir ke Program Pencernaan Minda (Sumbangan Zakat Bank Rakyat) yang berlangsung hari ini di dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Bharu untuk menerima bantuan zakat bernilai RM150.

Menurut Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh, Bank Rakyat akan memberikan bantuan zakat kepada asnaf terpilih setiap tahun.

Shukry (kiri) menyampaikan bantuan zakat kepada 100 asnaf di Wakaf Bharu.

Shukry (kiri) menyampaikan bantuan zakat kepada 100 asnaf di Wakaf Bharu.

“Di harap dengan sumbangan yang tak seberapa ini boleh meringankan sedikit beban yang ditanggung mereka. Selain itu, di bawah Yayasan Bank Rakyat, turut menaja tuisyen satu mata pelajaran kepada para pelajar yang berjumlah RM28 juta setahun,” katanya ketika merasmikan majlis, di sini semalam.

Seorang penerima, Samsiah Abdullah, 59, yang merupakan seorang ibu tunggal yang tinggal di Kampung Periok mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Bank Rakyat kerana sudi memberi zakat kepada masyarakat di Dun Wakaf Bharu ini dan wang zakat ini akan digunakan untuk membeli barang keperluan harian keluarganya.

Bagi Arifin Awang Ali, 47, yang bekerja sebagai tukang rumah berkata pendapatan bulanan yang tidak menentu disamping perlu menanggung isteri dan anak yang ramai melayakkan beliau untuk menerima zakat setiap tahun.

“Dengan bantuan ini dapat membantu saya menampung perbelanjaan seisi rumah, terima kasih kepada yang membantu,” ujarnya.

Turut hadir Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Tumpat, Datuk Hj Mohd Rosdi Ab Aziz dan Penolong Pengarah mewakili Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, Azmee Mohamad Noor.

– SH

 

Tinggalkan komen anda