Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Masalah Penglihatan Bukan Penyakit Biasa-Dr. Irene

By 13 April 2018Tiada komen2 minit bacaan
Ā  Ā  Ā  Ā  Ā Laporan dan foto oleh: Zaidi Jamin

KOTA KINABALU, 12 Apr (Malaysiaaktif) – Rawatan dan perubatan masalah penglihatan di kalangan masyarakat kini semakin mencabar.

Timbalan Pengarah Klinikal II HQE, Dr. Irene Chau berkata, ini kerana pesakit menganggap masalah penglihatan sebagai penyakit biasa disebabkan faktor usia dan tidak tampil mendapatkan rawatan seawal yang mungkin.

Pemeriksaan dan rawatan mata peringkat awal penting elak kesan penyakit sampingan lain.

Pemeriksaan dan rawatan mata peringkat awal penting elak kesan
penyakit sampingan lain.

“Setiap individu perlu dimaklumkan bahawa rawatan dan pemeriksaan awal sangat penting.

“Terutamanya jika penglihatan seseorang itu mula kabur, warna mata mula kelihatan pudar, penglihatan berganda, kerap silau dan berair mahupun penglihatan tidak jelas pada siang hari,”katanya.

Menurutnya, pesakit mata yang lewat menerima rawatan selalunya terdedah dan mudah terkesan dengan penyakit sampingan lain.

Dr. Irene menerima cenderakenangan daripada Dr. Niven (tengah) sejurus merasmikan kursus Primary Eye Care.

Dr. Irene menerima cenderakenangan daripada Dr. Niven (tengah) sejurus
merasmikan kursus Primary Eye Care.

Oleh itu, menurut Irene sekiranya perkara ini berlarutandan masalah penglihatan pesakit menjadi komplek pasti rawatan dan pemulihan akan mengambil masa dan sukar diramal untuk pulih sepenuhnya.

“Umumnya dalam merawat masalah penglihatan, pihak perubatan akan mengesan pesakit mata dari peringkat awal dan ia akan dilakukan dengan penuh teliti.

“Ini kerana terdapat beberapa penyakit mata berisiko tinggi yang boleh menjadi serius dan menyebabkan kebutaan.

“Dengan itu, saya berharap melalui kursus yang dianjurkan, para peserta akan terus didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal berkaitan penyakit mata.

“Sekaligus mereka mampu bertindak lebih awal membantu masyarakat yang mengalami masalah penglihatan di peringkat bahagian dan daerah tempat mereka bertugas,”ujarnya.

Dr.Irene (hadapan) merakamkan foto bersama peserta dan ahli jawatankuasa penganjur kursus sejurus merasmikan kursus Primary Eye Care anjuran Jabatan Oftalmologi HQE.

Dr.Irene (hadapan) merakamkan foto bersama peserta dan ahli jawatankuasa penganjur kursus sejurus merasmikan kursus Primary Eye Care anjuran Jabatan Oftalmologi HQE.

Beliau berkata demikian ketika merasmikanĀ kursus ā€˜Primary Eye Careā€™ yang disertai oleh lebih 100 peserta kalangan anggota paramedik dan jururawat hospital seluruh Sabah.

Kursus anjuran Jabatan Oftalmologi HQE yang berlangsung dua hari itu diadakan di auditorium Menara Berkembar Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada rabu.

Kursus tersebut antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran kalangan anggota perubatan mengenai rawatan awal dan isu-isu pengurusan berhubung masalah penglihatan serta rawatan pesakit mata.

Antara kertas kerja yang dibentangkan pada kursus termasuklah kaedah dan teknik pengesanan awal penyakit mata, rawatan kecederaan dan pembedahan mata serta implikasi dan kesan masalah penglihatan yang boleh menyebabkan kebutaan.

Hadir sama pada majlis Dr. Niven Teh pakar di Jabatan Oftalmologi HQE serta
Penolong Pegawai Perubatan Voo Kuo Hsuing.

-MRR

Tinggalkan komen anda