Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

TPM Umum Tiga Titik Sentuhan Untuk Warga Hulu Terengganu

By 12 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Afnan Hakimi Abdul Aziz & Abidin A. Ghani (Hulu Terengganu)

KUALA BERANG, 12 April (Malaysiaaktif) – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, hari ini mengumumkan tiga titik sentuhan untuk Parlimen Hulu Terengganu sempena Pelancaran Manifesto Tambahan Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu dan Pelancaran Jentera BN Parlimen Hulu Terengganu, di sini.

“Tiga projek tersebut ialah, pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu yang bernilai RM150 juta, sebanyak RM4 juta untuk Masjid Kampung Pasir Dula dan Pusat Komuniti Kampung Teris bernilai RM 250 ribu,” katanya ketika merasmikan program tersebut
di Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu, siang tadi.

Zahid turut mengumumkan sebuah dewan baharu dilengkapi penghawa dingin di Parlimen Hulu Terengganu sekiranya memenangi kesemua 5 kerusi DUN dan Parlimen Hulu Terengganu untuk PRU-14 nanti.

Sebahagian daripada pengunjung yang hadir sempena Pelancaran Manifesto Tambahan Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu dan Pelancaran Jentera BN Parlimen Hulu Terengganu, siang tadi.

Sebahagian daripada pengunjung yang hadir sempena Pelancaran Manifesto Tambahan Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu dan Pelancaran Jentera BN Parlimen Hulu Terengganu, siang tadi.

Terdahulu Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, dalam ucapannya turut mengumumkan tambahan manifesto BN Terengganu melibatkan 20 titik sentuhan untuk rakyat negeri tersebut yang melibatkan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa Tiga yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri.

“Kerajaan juga bersetuju untuk menurunkan kadar tol bagi LPT Fasa Dua dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Selain itu, kerajaan negeri akan membina Pusat Tahfiz Darul Iman di setiap daerah bagi memastikan pendidikan awal kanak-kanak bermula dengan pendidikan agama untuk kelestarian dan pembangunan minda kanak-kanak menjurus kepada ukhrawi.

Kebih 20 ribu ahli UMNO dan Parti-parti komponen BN termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan bertemakan lautan biru telah hadir menjayakan majlis berkenaan.

-SH

Tinggalkan komen anda