Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

GiatMARA Tekun Lahirkan Bakat Mahir

By 11 April 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan Foto : Khairunnisa Ismail (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 11 April (Malaysiaaktif) – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Awang Adek Hussin berkata rangkaian GiatMARA bermula pada tahun 1986 dengan tenaga pelajar pelatih yang amat terhad, namun kini menjadi institusi pendidikan yang melahirkan ramai bakat mahir.

“Rakyat di negeri ini cukup bertuah kerana Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan terbesar iaitu sebanyak 4.9 bilion pada tahun 2018 kepada MARA sebagai penajaan pelajar dalam dan luar negara serta untuk perbelanjaan MARA yang lain,” ucapnya pada Majlis Pecah Tanah GiatMARA Prima Melor dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab Ketereh di Kampung Padang Salim, di sini hari ini.

Ketibaan Najib disambut meriah 2000 pengunjung yang hadir.

Ketibaan Najib disambut meriah 2000 pengunjung yang hadir.

Menurut Awang Adek lagi, GiatMARA Prima yang ketiga akan dibina dengan kos RM11.65 juta di daerah ini dengan menawarkan lima kursus kemahiran.

“Pembinaan GiatMARA akan dibina dengan keluasan 2.338 hektar yang dapat menampung 100 orang pelatih dalam satu masa dan dijangka siap pada bulan Oktober 2019,” katanya lagi.

Selain daripada pembinaan GiatMARA ini, turut akan dibangunkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi melahirkan pelajar yang berkebolehan menghafaz 30 juzuk Al-Quran serta memahami tuntutannya.

“MRSM Ketereh pula akan dibina dan dilaksanakan dalam sistem Pendidikan MRSM Ulul Albab yang pertama di Kelantan.

Dengan keluasan 15.09 hektar, MRSM ini dibina dengan peruntukan sebanyak RM120 juta dan dijangka siap pada Julai 2020,” ujarnya.

Awang Adek (kiri) ketika mengiringi Najib ( tengah) beramah mesra dengan penduduk setempat di meja hidangan.

Awang Adek (kiri) ketika mengiringi Najib ( tengah) beramah mesra dengan penduduk setempat di meja hidangan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena lawatan kerjanya di sini.

Menurut Pengawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Hassan Yusuf, 59, sebagai penjawat awam beliau menyokong sepenuhnya projek-projek di Negeri Kelantan ini.

“Setiap projek yang diluluskan oleh Perdana Menteri secara tidak langsung akan mengubah landskap pendidikan dan pekerjaan, sekaligus dapat mengurangkan kadar pengangguran semasa,” jelas Hassan.

Bagi Siti Aminah, 40, sebagai seorang suri rumah, beliau akan mendidik anak-anaknya supaya lebih berjaya dalam akademik supaya berpeluang untuk menimba ilmu di GiatMARA Prima ataupun MRSM Ulul Albab.

“Saya cukup teruja pertama kali melihat Perdana Menteri (PM) di depan mata dan amat berterima kasih kepada PM kerana tidak pernah menganaktirikan Kelantan dan sentiasa memberi peluang kepada negeri Kelantan untuk lebih maju,” kata Aminah.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Ketereh,
Tan Sri Annuar Musa, serta Timbalan Menteri di Jabatan Menteri Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki.

-SH

Tinggalkan komen anda