Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Komitmen Menjaga Kesihatan, Lebih Seribu Sertai Larian

By 2 April 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

                      Laporan dan foto oleh: Mohd Hafiz Mat (Sabah)

TENOM, 2 Apr (Malaysiaaktif) – Lebih seribu peserta menyertai Larian 5K Sihat dan Cergas dan pelbagai aktiviti sukan rakyat seperti tarik tali, lari dalam guni, pertandingan menyumpit dan gusti lengan yamg menunjukkan komitmen mereka dalam penjagaan kesihatan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ellron Alfred Angin berkata penglibatan dalam aktiviti sihat adalah penting kerana penyakit kardiovaskular yang lebih dikenali sebagai serangan jantung merupakan penyebab kepada 50 peratus kematian setiap tahun.

Senamrobik sebelum larian dimulakan

Senamrobik sebelum larian dimulakan

“Selain serangan jantung, faktor yang menyumbang kepada penyakit tekanan darah tinggi juga ialah rokok, kedua-duanya dapat dielakkan jika kita amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.

“Selain itu didapati lebih 40 peratus populasi negara ini tergolong dalam masyarakat obesiti yang mempunyai kaitan dengan gaya hidup dan cara pemakanan tidak seimbang yang sering diamalkan seperti kekerapan mengambil makan segera serta jarang bersenam,”jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Larian 5K Sihat dan Cergas di Padang Bandaran Pekan Tenom pada Sabtu.

Mengulas lanjut, menurutnya adalah satu kerugian jika rakyat negara ini pada usia muda tidak dapat menyumbang pada kemajuan diri, keluarga dan negara disebabkan masalah kesihatan yang berpunca daripada kelalaian dan mengabaikan penjagaan kesihatan .

“Keadaan ini akan mengakibatkan pembaziran sumber kepada negara, oleh itu amat penting bagi kita untuk beringat sebelum terkena, ingatlah bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. 

Pengunjung turut menerima hadiah cabutan bertuah.

Pengunjung turut menerima hadiah cabutan bertuah.

“Saya menyeru seluruh warga pedalaman atas khasnya dan rakyat Sabah umunya untuk sentiasa menjaga kesihatan agar kualiti hidup dapat ditingkatkan sesungguhnya melalui kehidupan berkualiti kita boleh menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan negara.

“Saya berharap rakyat mendapat manfaat daripada program hari ini , bagi pihak kerajaan negeri saya amat mengharapkan agar aktiviti riadah dijadikan sebagai rutin harian selepas ini,”katanya.

Turut hadir,  Pegawai Daerah Tenom, Madiyem Layapan dan Presiden Persatuan Momogun Sabah, Rudy Mairi.

-MRR

Tinggalkan komen anda