Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Banyak Usahawan Di Malaysia Fest Ogos Depan

By 2 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Othman & Mohd Suhazli Nordin

 

SINGAPURA, 1 April (Malaysiaaktif) – Pameran antarabangsa merupakan satu medium untuk usahawan-usahawan Malaysia mempromosikan produk mereka dan terus bertapak mengembangkan perniagaan di luar negara.

Menurut Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Johor, Zainal Abidin Yang Razalli, Ekspo Halal Fest 2018 Singapura ini merupakan persediaan awal untuk penganjuran Malaysia Fest yang akan diadakan pada bulan Ogos depan.

“Pada Malaysia Fest nanti kita akan sediakan seluruh dewan Singapore Convention and Exhibition Centre ini khusus untuk usahawan-usahawan dan syarikat-syarikat dari Malaysia sahaja.

Medium untuk usahawan-usahawan Malaysia terus bertapak mengembangkan perniagaan di luar negara – Zainal Abidin.

Medium untuk usahawan-usahawan Malaysia terus bertapak mengembangkan perniagaan di luar negara – Zainal Abidin.

Untuk Malaysia Fest ini, FAMA akan menjemput pihak Kerajaan Negeri seluruh Malaysia untuk menghantar usahawan-usahawan di negeri masing-masing bagi menyertai ekspo ini,” jelas beliau.

Zainal juga menjelaskan, konsep penganjuran untuk Malaysia Fest ini juga akan diperluaskan dengan penambahan kategori usahawan yang terlibat seperti produk gaya hidup, pelancongan dan sebagainya.

Beliau menambah, “Kita sedia maklum bahawa rakyat Singapura inginkan produk-produk atau jenama yang dihasilkan oleh negeri-negeri di Malaysia dan apabila kita kumpulkan semuanya di sini, mereka akan dapat lihat sendiri dan seterusnya menjadi peluang terbaik untuk mempromosi produk Malaysia,”

“FAMA mensasarkan penyediaan 300 ruang pameran untuk Malaysia Fest berbanding 250 di Halal Fest ketika ini untuk menampung penambahan  produk yang akan dipromosikan dan persembahan-persembahan kebudayaan yang dijemput mewakili setiap negeri,” ujarnya lagi.

Penganjuran ekspo FAMA di Singapura juga mendapat kerjasama dari penganjur tempatan, syarikat Mega Xpress International.

Rakyat Singapura yang suka mengembara dan meminati makanan Malaysia pasti tertunggu-tunggu penganjuran Malaysia Fest – Hamzah Abdullah.

Rakyat Singapura yang suka mengembara dan meminati makanan Malaysia pasti tertunggu-tunggu penganjuran Malaysia Fest – Hamzah Abdullah.

Menurut Pengarah Urusannya, Hamzah Abdullah, produk-produk usahawan yang dipromosi di Halal Fest meliputi 70 peratus produk dari usahawan Malaysia.

“Rakyat Singapura memang cenderung kepada minat mengembara dan makanan di Malaysia. Sebab itu pameran produk usahawan Malaysia secara besar-besaran di Malaysia Fest pada Ogos depan akan ditunggu-tungu oleh orang Singapura,” jelas beliau lagi yang telah bekerjasama dengan FAMA sejak 15 tahun dahulu.

  • MRR

Tinggalkan komen anda