Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

PPDK Kemasik Gigih Bantu Masyarakat Setempat

By 9 April 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 9 April ( Malaysiaaktif) – Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kemasik telah berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

PPDK Kemasik kini mempunyai 16 orang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang terdiri daripada masalah pembelajaran dan juga masalah fizikal, dan majoriti keluarga yang menghantar anak di sini berpendapatan rendah dan golongan miskin.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh PPDK Kemasik.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh PPDK Kemasik.

Menurut penyelia PPDK Kemasik, Faradilla Yusoff, 36, PPDK Kemasik telah menjalin hubungan baik dengan isteri Ir Rosli Othman (bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kemasik), Fadzliaton Ruhaizan yang memberi idea dan ilham untuk PPDK Kemasik terus bergiat aktif dengan pihak NGO.

“Antara idea paling berjaya ialah Program Beri, Pilih dan Ambil. Program ini mengumpul barang barang terpakai untuk diberikan secara percuma kepada golongan yang memerlukan.

“Program ini diilhamkan pada penghujung tahun 2014 tetapi baharu dilaksanakan pada 2015.

“Pada permulaan program ini hanya menyasarkan baju-baju terpakai tetapi semenjak 2016 telah diperluaskan kepada semua jenis barang-barang terpakai yang masih berkeadaan elok,” katanya.

Menurut seorang pelajar PPDK Kemasik, Mohd Islas Mohd Azman, 23, seronok mengikuti kelas PPDK di Kemasik kerana pelbagai aktiviti dijalankan contohnya PDK.net.

“Melalui program ini, ia dapat menambah pengetahuan dan kemahiran orang kurang upaya untuk mengendalikan program perisian komputer.

“Paling penting ada interaksi dan komunikasi diantara kawan-kawan dan guru-guru di sini,” ujarnya.

-SH

Tinggalkan komen anda