
Laporan dan foto : Suhaimi Nik Wil & Zulfadli Ab.Hamid (Kuala Krai)
KUALA KRAI, 3 Mei (Malaysiaaktif) – Program Santai Malam yang berlangsung di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sri Guchil, di sini boleh dijadikan platform dalam mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat tanpa mengira usia dan pangkat.
Menurut Ketua PDM Sri Guchil, Naizurin Daud program yang diadakan ini merupakan medan untuk merapatkan hubungan dan meningkatkan lagi ikatan perpaduan dalam kalangan ahli masyarakat.
“Walaupun ianya diadakan sebagai strategi kempen sempena PRU-14 namun program sebenarnya wajar diperbanyakan kerana ianya mampu memberi pelbagai kebaikan kepada masyarakat setempat,” katanya yang ditemui sempena program tersebut, di sini semalam.
Seorang pengunjung yang ditemui, Razali Daud, menyifatkan ikatan silaturrahim yang baik sesama anggota masyarakat dapat menjamin kehidupan yang lebih baik.
“Program sebegini sepatutnya diadakan sejak dari dahulu lagi bagi mengukuhkan lagi institusi kemasyarakatan daripada ancaman anasir luar yang boleh memecah-belah perpaduan dalam masyarakat dan sudah pastinya memberi kesan buruk kepada negara,” katanya.