
Laporan oleh: Asmidar Zainol / Foto: Johnny K.
Kota Kinabalu, 19 Jul (Malaysiaaktif)-Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Michael Growder mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, p?ada? Khamis.
Menurut Growder, kunjungan berkenaan bagi mewujudkan kerjasama dengan kerajaan baharu yang diterajui oleh Shafie sejak 12 Mei lalu selepas memenangi PRU ke-14.
“Kita juga ingin mendengar dan mendapatkan maklumat tentang hala tuju kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri baharu antaranya dalam bidang perindustrian, pertanian, pendidikan dan sebagainya.
“Hubungan baik antara kerajaan Australia dengan Malaysia khususnya Sabah bukan satu perkara baharu kerana kita kerap mengadakan pelbagai program antaranya Hari Anzac dan Sandakan Day Memorial pada setiap tahun.
“Kita juga komited memperkasakan pembelajaran Bahasa Inggeris kepada sekolah-sekolah pendalaman melalui program Reel yang dianjurkan bersama dengan Kelab Rotary Kota Kinabalu dan pada masa sekarang empat sekolah telah dipilih bagi program tersebut,”katanya kepada pemberita.
Turut sama dalam kunjungan tersebut adalah Konsul Kehormat Australia di Sabah, Datuk Andrew Sim Men Kin.
-MRR