Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

JaPen Sabah, Kerajaan Negeri Perhebat Kempen Gelorakan Patriotisme

By 20 Julai 2018Tiada komen1 minit bacaan
                        Laporan oleh:Idris Sani Saberun/ Foto: Azman Jumat(Sabah)

KOTA KINABALU, 20 Jul (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah dan Kerajaan Negeri akan terus memperhebat kempen bagi menggelorakan semangat patriotisme rakyat sempena bulan kebangsaan.

TERTARIK... Shafie tertarik pada cendera kenangan yang disampaikan Norzawiyah (tiga dari kiri) berupa potret beliau ketika menerima watikah pelantikan jawatan Ketua Menteri daripada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.

TERTARIK… Shafie tertarik pada cendera kenangan yang disampaikan Norzawiyah (tiga dari kiri) berupa potret beliau ketika menerima watikah pelantikan jawatan Ketua Menteri daripada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.

Pengarahnya, Norzawiyah Bulka berkata komitmen tersebut turut mendapat galakan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam sesi kunjungan hormat di pejabatnya, pada Khamis.

Menurut Norzawiyah, kunjungan tersebut bertujuan memaklumkan peranan JaPen dalam melaksanakan tugas sebagai agensi pemasaran maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan selaras dengan kehendak kerajaan semasa, selain memaklumkan pelantikan jawatan beliau yang berkuatkuasa 25 Jun lalu.

Norzawiyah (kiri) ketika memaklumkan perkembangan JaPen Sabah kepada Jaujan.

Norzawiyah (kiri) ketika memaklumkan perkembangan JaPen Sabah kepada Jaujan.

 Terdahulu, beliau juga mengadakan kunjungan sama terhadap Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Jaujan Sambakong di Wisma Innoprise.

 Hadir sama pada kunjungan tersebut, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Wasrin Zakaria; Ketua Penolong Pengarah Bahgian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu, Mohd Arifin A.M. Nordin dan Ketua Penolong Pengarah Perancangan Strategik dan Penyelidikan, Chindarayareh Jinti.

-MRR

 

Tinggalkan komen anda