Skip to main content
Berita TempatanHomeWilayah Persekutuan

“Borneo Amateur Challenge 6-Wushu Edition” Bakal Gegarkan Labuan

By 19 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan Oleh: Mohd Faizal Mansor, Nabilah Norasir/Foto Oleh: Mohd Faizal Mansor

LABUAN 19 Jul (Malaysiaaktif) – Penganjuran julung kalinya “Borneo Amateur Challenge 6-Wushu Edition” yang akan diadakan pada 21 dan 22 Julai ini di Anggerik Square, Ujana Kewangan Labuan bakal menggegarkan Labuan dan pada masa yang sama ianya akan memperkenalkan lagi sukan seni mempertahankan diri Wushu kepada warga Labuan khususnya.

Menurut Pengerusi Penganjur, Alvin Chong, kejohanan tersebut dianjurkan oleh Borneo Combat Gym (BCG) dengan kerjasama dan sokongan Financial Park Labuan; Labuan Sport Kick Boxing Association; Labuan Wushu Association; Supreme Fitness dan Jabatan Belia dan Sukan Labuan bagi membolehkan warga Labuan terutamanya golongan belia untuk melihat secara dekat tentang seni bela diri wushu yang penuh dengan kesenian.

“Kejohanan wushu tersebut mempertandingkan dua jenis sukan mempertahankan diri Wushu iaitu “Taolu” yang melibatkan senjata dan “Sanda” iaitu pertempuran yang mana istimewanya para pemenang kejohanan itu tidak diberikan hadiah wang tunai, memadai pingat dan plak kejohanan bagi memupuk cintakan ilmu seni mempertahankan diri tanpa mengharapkan wang ringgit”, ujar Alvin ketika ditemui pemberita pada sidang media kejohanan itu di Bangunan Ujana kewangan, petang tadi.

Alvin (tiga dari kiri), Hasan (tiga dari kanan) serta Subramaniam (dua dari kiri) memperlihatkan poster kejohanan wushu

Alvin (tiga dari kiri), Hasan (tiga dari kanan) serta Subramaniam (dua dari kiri) memperlihatkan poster kejohanan wushu

Bagi Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Hazan Dahari, beliau optimis sukan wushu ini akan berkembang maju di Labuan sekiranya lebih ramai anak-anak muda mahupun seawal usia menceburi seni mepertahankan diri tersebut dan mengharapkan lebih banyak kejohanan seperti ini diadakan di Labuan bagi mencungkil bakat-bakat muda yang boleh diketengahkan ke peringkat kebangsaan seperti menyertai sukan Sukma.

Jelasnya lagi, pihaknya amat mengalakkan sukan wushu tersebut berkembang di Labuan kerana Labuan juga mempunyai kemampuan fasiliti sukan yang baik seperti venu-venu yang sesuai untuk diadakan kejohanan seperti “Borneo Amateur Challenge 6-Wushu Edition” tersebut di samping pihaknya turut membantu mempromosikan “Borneo Amateur Challenge 6-Wushu Edition” dalam pelbagai saluran seperti media sosial dan sebagainya.

Alvin juga menambah, seramai 110 orang peserta akan menyertai sukan Wushu kategori Sanda dan 80 orang peserta Taolu yang mana ia juga turut disertai oleh para peserta dari Sabah dan Sarawak selain Negara Brunei Darulsalam.

Beliau berharap agar warga Labuan turut memeriahkan kejohanan ini sebagai tanda sokongan bagi memeriahkan dan menggegarkan kejohanan “Borneo Amateur Challenge 6-Wushu Edition” tersebut.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah  Pengurus Besar Labuan Financial Park Sdn Bhd (FPL), Subramaniam Muniandy.

EM

Tinggalkan komen anda