Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Peruntukan Tambahan RM2 Juta Biayai PPRT di Sabah

By 24 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
            Laporan oleh: Asmidar Zainol & Shahiman / Foto oleh: Shahvian(Sabah)

Kota Kinabalu, 23 Jul (Malaysiaaktif) –
Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia (KPLBM) mengumumkan peruntukan tambahan RM2 juta bagi membiayai Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) di Sabah.

Menterinya, Rina Harun berkata, peruntukan tambahan berkenaan adalah bagi membina dan membaikpulih projek PPRT sedia ada.

Menurut beliau, bagi maksud berkenaan, RM66 juta peruntukan telah diberikan kepada Kerajaan Sabah sehingga Jun 2018 dan daripada jumlah itu, RM48 juta telah dibelanjakan dan berbaki RM18 juta.

Rina (dua dari kiri), Ewon (dua dari kanan) dan rombongan semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Shafie (tengah).

Rina (dua dari kiri), Ewon (dua dari kanan) dan rombongan semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Shafie (tengah).

Beliau yang mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Sabah, mendedahkan, kementeriannya menambah RM2 juta menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan RM68 juta.

“Walaupun menghadapi kekangan kewangan tetapi keperluan rakyat lebih mendesak, jadi kita telahpun berbincang dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah untuk berkerjasama berdasarkan isu-isu projek yang melibatkan  kepentingan rakyat di negeri ini.

“Kalau dahulu, banyak projek dilaksanakan ‘top down’ tetapi sekarang kita memberi tumpuan kepada projek dari bawah yang memberi keutamaan kepada keperluan rakyat,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal di pejabatnya, pada Isnin.

Rina (kiri) dan Shafie (kanan) menjawab soalan semasa sesi sidang media.

Rina (kiri) dan Shafie (kanan) menjawab soalan semasa sesi sidang media.

Sementara itu, Shafie menjelaskan Kerajaan Negeri akan memberi sokongan penuh kepada usaha KPLBM demi memenuhi kerana keperluan rakyat.

“Projek yang menjadi keutamaan kepada Kerajaan Negeri pastinya kepada projek-projek yang dapat membantu rakyat.

“Saya yakin kementerian ini akan dapat membantu meningkatkan keperluan rakyat di negeri ini seperti  jalan raya, tempat tinggal, kemudahan sumber air, tenaga elektrik dan sebagainya.

“Selain itu, KPLBM juga memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat luar bandar melalui KEMAS, MARA dan MRSM menjadi adunan yang  cukup baik untuk membantu masyarakat luar bandar,” jelas beliau.

-MRR

Tinggalkan komen anda