
“Kanada berharap dapat berkerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah dalam bidang infrastruktur, tenaga, teknologi maklumat dan komunikasi, rawatan air, sisa buangan dan banyak lagi kerana Kanada mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang ini.
“Selain itu, kita juga menawarkan Biasiswa The Canada-ASEAN Scholarships and Educational Exchanges for Development (SEED) untuk pembelajaran jangka masa singkat.
“Biasiswa ini ditubuhkan istimewa untuk pertama kalinya pada tahun ini bagi pelajar-pelajar dari ASEAN dan saya amat gembira kerana seramai 13 pelajar dari Malaysia telah terpilih untuk menerima biasiswa tersebut,” ujarnya.
Tambah Bentley, Kanada juga menawarkan geran kewangan Canada Fund for Local Initiatives (CFLI) kepada badan bukan kerajaan dan organisasi tempatan bagi melaksanakan projek berskala kecil.
Jelas beliau, antara bidang yang menjadi fokus projek CFLI adalah Pemerkasaan Wanita dan Kanak-kanak Perempuan, Alam Sekitar dan Pembangunan Mampan serta Hak Masyarakat Orang Asli.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkenaan biasiswa dan geran tersebut di laman sesawang kedutaan www.malaysia.gc.ca.
Kunjungan berkenaan adalah yang pertama bagi Bentley selepas menjawat jawatan berkenaan pada October lepas.
-MRR