
Laporan: Zakry Chan (Melaka) Foto: FB Official CM
AYER KEROH, 19 Jul (MalaysiaAktif) – Persidangan Pertama, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Melaka ke-14 telah berlangsung di Seri Negeri, di sini.
Ketua Menteri, Adly Zahari dalam ucapannya menyeru kepada ahli-ahli berhormat membalas kepercayaan rakyat yang telah memilih dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang lepas dan bersama membangunkan negeri Melaka.
“Mari kita meraikan perbezaan pendapat dan sentiasa mencari titik persamaan serta menjaga sensiviti kaum dalam menjaga keamanan dan kemakmuran negeri Melaka ini,”ujarnya.
Selain itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Omar Jaafar ,77, berkata tindak tanduk ahli berhormat perlu berdisiplin, beradap dan berintegriti sejajar dengan tradisi yang diamalkan dalam sistem demokrasi.
“Saya tidak mahu melihat dalam dewan ini berlaku kekecohan yang menggunakan bahasa kesat dan kasar seperti yang telah berlaku di tempat-tempat lain,”ujar Omar.
Sementara itu, pemilihan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Omar Jaafar mendapat sokongan 15 ADUN manakala 1 tidak menyokong dan 11 berkecuali.
Selain itu, Ahli Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Dr. Wong Fort Pin dipilih sebagai Timbalan Speaker (DUN) apabila mendapat 14 undian menyokong, manakala 12 undian berkecuali.
-KN