Skip to main content
Berita TempatanHomeLabuanWilayah Persekutuan

“Sail Malaysia Passage To East 2018 Yacht Rally” Perkenalkan Malaysia di Mata Dunia

By 19 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan : Mohd Faizal Mansor
Foto: Roziman Mahmudin/Perbadanan Labuan

LABUAN, 19 Jul (Malaysiaaktif) – Program “Sail Malaysia Passage To East 2018 Yacht Rally” dapat memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelayaran yang mampu menarik kedatangan pelayar-pelayar dari seluruh dunia ke Negara ini.

Menurut penganjur program tersebut, Sazli Kamal Basha, seramai  55 orang pelayar antarabangsa yang membawa 25 buah kapal layar telah berada di Labuan dalam siri jelajah program “Sail Malaysia Passage To East 2018 Yacht Rally” bermula  16 hingga 19 Julai  2018 ini dan yang menariknya Labuan telah dipilih sebagai salah satu tempat persinggahan bagi program tersebut kerana Labuan juga mempunyai kemudahan marina serta terdapat fasiliti untuk membaiki kapal-kapal layar.

“Kumpulan ini terdiri dari pelayar-pelayar dari negara Australia, New Zealand, Perancis, Scotland United Kingdom, Amerika Syarikat dan Netherlands telah memulakan pelayaran mereka di Malaysia melalui Langkawi dan seterusnya ke beberapa tempat di Semenanjung Malaysia dan bergerak ke Sarawak dan Sabah termasuklah Labuan”, kata Sazli pada Majlis Makan Malam meraikan para pelayar program tersebut di salah sebuah restoran terkemuka, di sini malam tadi.

Kumpulan pelayar dibawa melawat salah satu tempat tinggalan perang di Labuan

Kumpulan pelayar dibawa melawat salah satu tempat tinggalan perang di Labuan.

“Sebelum Labuan, kumpulan pelayar ini telah singgah di Negara Brunei Darussalam di mana ini merupakan kali ketiga siri jelajah ini singgah ke Labuan yang turut mempunyai pemandangan yang indah untuk dilawati oleh para pelayar tersebut”, kata Sazli lagi.

Pihak Perbadanan Labuan (PL) juga berharap dengan adanya program seperti ini dapat mempromosikan Labuan sebagai salah satu hab kapal layar serta destinasi pelancongan yang mana semasa kumpulan pelayar ini berada di Labuan, mereka telah dibawa melawat ke beberapa tempat di sekitar Labuan antaranya melawat Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua, Taman Damai, Japanese Surrender Point dan Kelab Golf Antarabangsa Labuan ujar Pengarah Jabatan Pelancongan Perbadanan Labuan, Mahathir Abd. Hamid yang turut serta meraikan para pelayar pada majlis makan malam tersebut.

“Selain itu, kumpulan ini juga telah dibawa melihat perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi memproses produk makanan hasil laut iaitu sate tuna dan keropok lekor. Secara keseluruhannya, maklumbalas awal yang diterima daripada mereka yang sebahagian besarnya adalah kali pertama bekunjung ke Labuan sangat tertarik dengan Labuan dan merancang untuk datang semula bercuti sendiri pada masa akan datang”, ujar Mahathir lagi.

Para pelayar dibawa melawat perusahan keropok lekor

Para pelayar dibawa melawat perusahan keropok lekor.

Oleh yang demikian, PL akan sentiasa memberi kerjasama yang sewajarnya bagi program-program seperti ini sebagai usaha menarik kedatangan lebih ramai pelayar antarabangsa datang ke Labuan selain meminta agar peserta program menyalurkan maklumbalas mereka kepada beliau bagi memberikan maklumat yang boleh dijadikan panduan atau usaha untuk menambahbaik perkhidmatan yang disediakan kepada aktiviti pelayaran di Labuan, tambah Mahathir.

– EM

Tinggalkan komen anda