Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

UMS Diseru Buat Kajian, Penyelidikan Pengangkutan Awam Sabah

By 21 Julai 2018Tiada komen1 minit bacaan
         Laporan oleh: Asmidar Zainol/Foto: Johnny K.

KOTA KINABALU, 21 Jul (Malaysiaaktif) -Universiti Malaysia Sabah (UMS) diseru membuat pelbagai penyelidikan dan kajian tentang pengangkutan awam di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata penyelidikan dan kajian berkenaan dapat membantu kerajaan negeri menghubungkan antara setiap daerah dengan pantas.

Shafie (kiri) semasa menyampaikan ucapan di majlis berkenaan.

Shafie (kiri) semasa menyampaikan ucapan di majlis berkenaan.

“Saya telah meminta UMS untuk meneliti dan membuat kajian bukan sahaja kepada penggangkutan udara tetapi juga kepada pengangkutan keretapi agar ‘connectivity’ di setiap peringkat negeri Sabah dapat dijayakan,” katanya.

Tambah Shafie, lokasi Sabah yang strategik juga dapat menarik ramai pelancong ke negeri ini.

Pesawat MASwings yang memaparkan logo dan Motto UMS.

Pesawat MASwings yang memaparkan logo dan Motto UMS.

“Sabah berada di tengah-tengah rantau yang terletak hampir dengan China, Jepun, Filipina, Vietnam dan Hong Kong, sudah pasti kita dapat menarik pelancong ke negeri ini.

“Kita yakin dengan langkah-langkah ini secara tidak langsung akan dapat membantu sektor pelancongan negara yang akan menjadi sebagai satu sumber hasil Malaysia pada masa akan datang,” ujarnya.

Shafie semasa ditemubual media.

Shafie semasa ditemubual media.

Shafie berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Logo dan Motto UMS di Pesawat MASwings di sini pada Sabtu petang.

Katanya, pengusaha-pengusaha pelancongan juga perlu lebih efisyen dalam mempromosikan makanan dan budaya tempatan agar dapat menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

-MRR

Tinggalkan komen anda