
Laporan : Abd. Aziz Osman, Mohd Zahari Zakaria & Mohd Faizal Mat Akhir / Foto : Shamsul Bahari Abd. Shukor (Seberang Perai Tengah)
PERMATANG PAUH, 5 Ogos (MalaysiaAktif) – Kibar Jalur Gemilang, itulah mesej ringkas dalam kempen yang ingin disampaikan oleh Jabatan Penerangan Malaysia Melalui Konvoi Merdeka Jalur Gemilang 2018 (KMJG2018). Konvoi ini tiba di pasar basah seberang jaya sekitar pukul 9.00 pagi tadi dan telah disambut oleh Pegawai Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah Mohd Ali Haji Sebran serta penduduk sekitar.
Peniaga, Yusof Osman berkata, “saya berasa bangga dengan penganjuran program sebegini dalam memberi kesedaran kepada orang ramai dalam kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan yang akan tiba nanti”. Ujarnya
Menurut Ali, program sebegini elok diteruskan setiap tahun bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan memeriahkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos nanti. Selain itu, dapat memupuk semangat cintakan negara melalui pemasangan bendera di kenderaan dan premis, tambahnya lagi.
Beliau begitu teruja dan terharu dengan kedatangan peserta konvoi dan seterusnya bersama – sama mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang ramai dan juga peniaga, dan tidak sampai 20 minit sebanyak 1000 helai Jalur Gemilang telah diedarkan kepada orang ramai yang kelihatan begitu riang dan dan tidak melepaskan peluang bergambar dengan peserta konvoi serta kenderaan jabatan penerangan yang dihiasi Jalur Gemilang.
Sejurus edaran Jalur gemilang selesai beliau juga menurunkan tandantangan di buku cenderamata dan menyempurnakan pelepasan Konvoi KMJG2018 ke destinasi seterusnya.
Konvoi KMJG2018 kelolaan Jabatan Penerangan Malaysia Meneruskan penjelajahan hari ini ke negeri jelapang padi dan akan singgah di tiga lokasi yang telah ditetapkan untuk sama – sama mengajak orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang.
-er