
Laporan: Syed Hisham Shah (Putrajaya) Foto : Ihsan Sinar Harian
PUTRAJAYA, 6 Ogos (Malaysiaaktif) – Penyandang juara edisi Piala Malaysia tahun lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan saingan dalam aksi pembukaan kumpulan C Piala Malaysia dengan langkah kiri apabila kecundang kepada pasukan pelawat MISC-MIFA 1-2 malam tadi.
Kedah turut gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan pasukan Kelantan di Stadium Darul Aman.
Sementara itu dua perlawanan berlangsung dalam kumpulan B yang menyaksikan PDRM tumbang kepada PKNS FC 2-5 dan Felda United hanya mampu berkongsi satu mata dengan Melaka United apabila seri tanpa jaringan.
PKNS FC kini mendahului kumpulan B dengan tiga mata diikuti masing-masing Felda United dan Melaka United yang berkongsi satu mata dan PDRM di tangga tercorot kumpulan.