
Laporan oleh Suhairi Ishak & Mohd Zahairi / Foto oleh Najib Mohaini
MERSING, 12 Ogos (MalaysiaAktif) – Deretan motorsikal berkuasa tinggi dari Persatuan Motosikal ST1300 memecah kesunyian dan menggegarkan perkarangan Dewan Politeknik Mersing.
Rasa teruja, berswafoto, bergambar serta mengibarkan jalur gemilang ditangan, itulah reaksi pertama pelajar dan pensyarah politeknik semasa menyambut kunjungan peserta Konvoi Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2018.

Peserta- perserta konvoi KMJG 2018 Jabatan Penerangan Malaysia bergambar bersama wakil Pegaawai Daerah Mersing dan pelajar Politeknik Mersing.
Sebanyak 56 kenderaan pelbagai jenis termasuk 30 motosikal kuasa tinggi disamping 133 peserta dari Jabatan Penerangan Malaysia. Konvoi ini telah berlepas dari Padang Kota Lama Pulau Pinang 5 Ogos yang lalu.
Daerah Mersing menjadi “pit-stop” pertama bagi negeri Johor selepas negeri Pahang. Kemudian ke Daerah Kluang, Kota Tinggi dan akan berhenti di Perkarangan Hotel Jen Puteri Habour Nusajaya yang akan disambut Menteri Besar Johor petang ini. Dan KMJG 2018 akan meneruskan misi ke Daerah Batu Pahat dan Daerah Muar sebagai “pit-stop” terakhir bagi Negeri Johor esok.
Dalam ucapan wakil Pegawai Daerah Mersing, Jamil Hasni Abdullah menyeru penduduk Mersing supaya bersama-sama melahirkan rasa cinta kepada negara dengan memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di premis- premis bangunan, kediaman dan juga kenderaan.

Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Jamil Hasni Abdullah 9baju batik) Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia selaku Ketua Konvoi KMJG 2018 dan tetamu VIP bersemangat mengibar jalur gemilang semasa menyanyikan lagu patriotik
“Tunjukkanlah semangat cintakan Negara. Gantikan jalur gemilang yang telah pudar warna dan koyak. Marilah kita bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang yang cantik warna dan rupanya, kerana dengan cara begini kita dapat menzahirkan satu kepuasan perasaan “Sayangi Malaysiaku” , dengan bangga dan penuh bersemangat, Jamil Hasni mengakhiri ucapan.
Turut hadir Pengarah Politeknik Mersing, Hassan Siraj dan Pengarah Penerangan Negeri Johor, Zainudin Ismail.
- AA/MRR