Skip to main content
Berita TempatanSabah

Pengangkutan Percuma Ke Dataran Bandaraya Pada 31 Ogos

By 23 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Asmidar Zainol/Foto: Vicky M.

KOTA KINABALU, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Pengangkutan percuma akan disediakan ke lokasi sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah pada 31 Ogos di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu.

Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony berkata, pengangkutan tersebut disediakan bagi keselesaan lebih 10 ribu pengunjung yang bakal memeriahkan sambutan berkenaan.

“Orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang disediakan di beberapa lokasi sekitar bandaraya.

Peter (dua dari kiri) menjawab soalan daripada media.

Peter (dua dari kiri) menjawab soalan daripada media.

“Buat pertama kalinya, pihak penganjur akan menyediakan makanan percuma kepada semua yang hadir bermula pukul 10 pagi.

“Selain perbarisan daripada pasukan keselamatan, agensi-agensi kerajaan,  Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, tahun ini kita akan menjemput persatuan-persatuan etnik dari seluruh negeri Sabah,” katanya selaku Pengerusi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah dan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2018.

Menurut Peter, antara jalan yang akan
ditutup pada hari berkenaan adalah Jalan Tun Fuad Stephens, Jalan di kawasan Imago Shooping Mall, Gleaneagles.

Tetamu jemputan dan pengamal media bergambar kenangan dengan Peter (duduk, tengah).

Tetamu jemputan dan pengamal media bergambar kenangan dengan Peter (duduk, tengah).

“Jalan-jalan ini akan ditutup bermula 27 hingga 29 Ogos dan 31 Ogos bermula pukul 5 pagi sehingga 11 pagi.

“Penutupan secara berkala juga akan dilakukan di Jalan Dua Puluh menuju ke Centre Point,” jelasnya semasa Majlis Minum Petang bersama Media sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018 di sini, baru-baru ini.

Peter turut menyeru semua masjid dan rumah-rumah ibadat untuk mengadakan tahlil dan bacaan doa agar negara lebih diberkati.

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah telah dilancarkan pada 6 Ogos oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di Penampang.

Pelbagai pengisian dianjurkan bagi memeriahkan sambutan berkenaan antaranya pameran, pertandingan pidato dan kembara merdeka.

Hadir sama ialah Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi, Jenifer Lasimbang, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Abdul Muis Picho dan Pengarah Penerangan Sabah, Norzawiyah Bulka.

 

-FB

Tinggalkan komen anda