Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau PinangPutrajaya

[KEMAS KINI] Larian Merdeka Himpun 2,500 Peserta 

By 4 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan & Foto : Edi Rizam Kassim (Putrajaya)

GEORGE TOWN,  4 Ogos (MalaysiaAktif) – Larian Merdeka sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 berlangsung pagi tadi bertempat di Padang Kota Lama, di mana larian sejauh lima kilometer ini berjaya menghimpunkan seramai 2,500 peserta terdiri daripada orang awam, pelajar sekolah dan kakitangan awam. 

Menurut Muhammad Aslam, 17, salah seorang peserta kategori terbuka beliau mengetahui program larian ini daripada pihak sekolah dan terus mendaftar untuk menyertainya.

“Saya tertarik untuk menyertai larian ini bertujuan meningkatkan stamina dan mengeratkan perpaduan antara satu sama lain, saya berharap lebih banyak program seperti ini dianjurkan dan melibatkan belia seperti saya,” ujarnya yang ditemui selepas program.

Pelajar Sekolah Menengah Teknik Tengku Abdul Rahman Putra berswafoto sebelum larian bermula

Pelajar Sekolah Menengah Teknik Tengku Abdul Rahman Putra berswafoto sebelum larian bermula

Sementara itu, Aishah Fazana, yang baharu pertama kali menyertai acara larian seperti ini berkata dia teruja apabila gurunya memaklumkan tentang program larian ini kepada pelajar.

“Saya sertai ini untuk mencuba, cari pengalaman dan mencabar diri saya sendiri,” ujar pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Pulau Pinang ini.

Berkongi pendapat yang sama, Siti Khatijah, 35, berharap program seperti ini harus diteruskan agar dapat memupuk semangat cintakan negara terutamanya generasi muda.

“Gembira sangat dengan program ini sebab boleh jumpa Tun malam ini,” ujarnya.

Siti Khatijah teruja dengan Larian hari ini

Siti Khatijah teruja dengan Larian hari ini

Larian tesebut disempurnakan oleh Ketua Menteri  Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada pukul 7.30 pagi.

Ketua Menteri Pulau Pinang Menyempurnakan Pelepaasan Larian Merdeka

Ketua Menteri Pulau Pinang Menyempurnakan Pelepasan Larian Merdeka

Dalam Pada itu, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia, Hashim Bedu berkata larian ini berjaya menarik minat belia beliau khususnya di George Town. 

“Ini merupakan program penting sempena Bulan Kebangsaan dan kolabrosi antara tiga komponen iaitu di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan kolaborasi ini sangat berjaya dan cukup mantap,” jelasnya.

Program ini adalah anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan NGO Pulau Pinang. 

Pada hari ini juga akan berlangsung Program Pameran Caring Bridge dan juga Bintang Patriotik dan kemuncak acara Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 akan berlangsung malam ini dan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri. 

-SH

 

Tinggalkan komen anda