Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

Pancaragam Berlatih Dua Minggu Untuk Hari Kebangsaan

By 31 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & Foto : Marshita Othman (Timur Laut)

GEORGE TOWN, 31 Ogos (Malaysiaaktif) –  Perarakan Hari Kebangsaan 2018, Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan pagi tadi bertempt di Padang Kota Lama, Perarakan tersebut melibatkan seramai 122 pasukan kontinjen dari pelbagai agensi swasta, kerajaan mahupun pelajar telah pun berlangsung dengan jayanya hari ini di Padang Kota Lama, di sini.

Tidak terkecuali penglibatan dari Pelajar Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin melalui seramai 44 orang yang terdiri dari pelajar tingkatan 1, 2 dan tingkatan 4  mengambil peluang menyertai perarakan ini buat kali pertama. Apa yang menariknya ialah persembahan mereka ini adalah berarak sambil mempersembahkan dua buah lagu iaitu wawasan 2020 dan Cemerlang, Gemilang, Terbilang.

Para peserta Segak dengan pakaian seragam mereka

Para peserta Segak dengan pakaian seragam mereka

Pasukan tersebut adalah dibawah bimbingan guru muzik Shaiful Azhar Khuza’Ai yang merupakan guru di sekolah tersebut yang membawakan mempersembahkan persembahan tersebut dengan begitu menarik sekali.

Menurut guru muzik tersebut kumpulan pancaragam ini pernah menyertai pertandingan peringkat Negeri dan pernah dinobatkan sebagai naib johan Pancaragam di peringkat Sekolah pada tahun 2016. Antara objektif penyertaan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke 61 , iaitu dapat melahirkan pelajar yang mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara.

23844B50-0AD8-49C2-97C0-C2C19823DFB3

Menurut Shaiful lagi, bukan mudah seorang pelajar dapat menghayati berkawat sambil bermain muzik jika tidak diberi tumpuan dengan betul.

Walaupun hanya dua minggu sahaja tempoh masa yang diberikan untuk mereka membuat latihan memandangkan sibuk dengan jadual persekolahan, ternyata ianya bukan satu perkara mustahil jika ada kesungguhan dan minat, tambah Shaiful.

 

ER

Tinggalkan komen anda