Skip to main content
Berita TempatanHomeTerengganu

Semangat Sambutan Hari Kebangsaan Langkaui Ideologi Politik

By 11 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan foto oleh: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMASIK, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Ketibaan peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 (KMJG 2018) selamat tiba di daerah Kemaman dan disambut oleh wakil rakyat PAS, Ir. Saiful Azmi Suhaili yang juga Adun Kemasik bersama penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pasukan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 (KMJG 2018) tiba di daerah ini seperti yang dijadualkan. Konvoi yang diketuai oleh pengarah bahagian Penerbitan Dasar Negara,  Jabatan Penerangan Maslaysia, Lim Ann Teck telah disertai oleh beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Finas dan persatuan motosikal besar ST 1300.

YB Ir Saiful Azmi b . Suhaili menandatangani buku autograf Jabatan Penerangan Malaysia

YB Ir Saiful Azmi Suhaili menandatangani buku autograf Jabatan Penerangan Malaysia

Saiful Azmi Suhaili berkata, “kita sangat berterima kasih kepada KMJG 2018 kerana singgah di DUN ini dalam rangka perjalanan ke seluruh negara.  Semoga dengan adanya konvoi sedemikian rupa mampu menyemarakkan lagi semangat patriotik dan cintakan negara melalui kibaran Jalur Gemilang di kalangan orang ramai.”

“Kerajaan negeri Terengganu juga ada menyusun beberapa siri program bagi menyambut Hari Kebangsaan yang bakal tiba tidak lama lagi.” Tambah beliau.

Ketua Konvoi, Lim Ann Teck menyampaikan cenderhati kepada YB Ir. Saiful Azmi Suhaili

Ketua Konvoi, Lim Ann Teck menyampaikan cenderhati kepada YB Ir. Saiful Azmi Suhaili

Beliau juga berharap lebih banyak kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat dapat dijalinkan di masa-masa  akan datang demi kesejahteraan rakyat khususnya di DUN Kemasik ini.

Turut hadir dalam konvoi KMJG 2018 ke Daerah Kemaman , Pengarah Jabatan Negeri Terengganu, Tn Haji Swady Guliling,

EM

Tinggalkan komen anda