Skip to main content
HomeLabuan

Kerjasama Gelorakan Bulan Kemerdekaan Peringkat Labuan

By 12 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan foto oleh: Mohd Faizal Mansor/ Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan (PL) serta jabatan kerajaan yang lain menggelorakan lagi bulan kemerdekaan ini dengan menganjurkan Program Kempen Jalur Gemilang dan Kembara Merdeka peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2018 yang diadakan di Medan Selera Tanjung Purun, Labuan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PL, Datuk Azhar Ahmad, hasil usaha sama ini juga diharapkan dapat menggelorakan lagi nilai patriotisma di kalangan warga Labuan khususnya dengan sama-sama menyokong kempen kibarkan jalur gemilang di premis perniagaan, pejabat kerajaan dan kenderaan persendirian.

Azhar juga memuji konvoi kembara merdeka yang mengelilingi bandar Labuan serta kampung-kampung dan turut singgah di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi bagi menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan.

Azhar melepaskan Konvoi Kembara Merdeka

Azhar melepaskan Konvoi Kembara Merdeka

“Bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan 2018 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu ‘Sayangi Malaysiaku‘, ia  memberi semangat kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama sama-sama menzahirkan rasa cinta kepada negara yang tercinta”, katanya semasa berucap merasmikan program tersebut.

“ Kita perlu akui dan menerima hakikat bahawa Malaysia sebuah negara berbilang kaum yang unik. Keunikan inilah yang menjadikan kita istimewa dan ianya sebagai aset yang perlu kita jaga, pupuk pelihara sebaik-baiknya demi keharmonian dan keamanan negara kita”, kata Azhar lagi

Ujar Azhar, kini  bukanlah masanya untuk kita berpecah belah dan saling berbalah, walau apa dugaan yang merintang, kita tidak boleh berputus asa, sebaliknya harus terus mara ke hadapan untuk memajukan negara berasaskan kepada perpaduan nasional.

Supian (baju hitam) dan peserta konvoi sempat singgah ke Kampung Sungai Miri dan merasmikan muzium masyarakat Kedayan di kampung tersebut.

Supian (baju hitam) dan peserta konvoi sempat singgah ke Kampung Sungai Miri dan merasmikan muzium masyarakat Kedayan di kampung tersebut.

Pertandingan mewarna kanak-kanak, acara berjalan kaki Sayangi Malaysiaku serta Pertandingan Tarian Kecergasan Sayangi Malaysiaku antara program yang dijalankan bagi menarik minat orang ramai dan turut sama menyertai kemeriahan acara ini.

Azhar juga turut membuat pelepasan Konvoi Kembara Merdeka yang melibatkan 45 buah unit kenderaan dan peserta seramai 130 orang di kalangan wakil jabatan kerajaan dan agensi serta ahli-ahli Muafakat Komuniti Malaysia.

Konvoi tersebut bergerak mengelilingi bandar Labuan dan memasuki kampung-kampung selain singgah di Kolej Matrikulasi Labuan dan akan menyambung perjalanan mereka pada Isnin ini sebagai penutup.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Supian Musa, pegawai-pegawai kanan PL, ketua-ketua jabatan kerajaan dan para pemimpin masyarakat Labuan.

 

EM

Tinggalkan komen anda