Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Kebersamaan Jabatan Persekutuan dan Negeri Jayakan Sambutan Bulan Kebangsaan

By 10 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto: Siti Noor Asmani Che Mat Saleh (Tumpat)

TUMPAT, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Cadangan yang diangkat oleh Jabatan Penerangan Negeri Kelantan untuk mengadakan pelancaran dan sambutan secara bersama-sama telah mendapat persetujuan pihak kerajaan negeri, malah semua pejabat di negeri ini dilibatkan dalam majlis pada kali ini.

Pengarah Tanah dan Galian, Negeri Kelantan, Datuk Haji Zamri Ismail, menyatakan bahawa sesungguhnya program kenegaraan seperti ini amat wajar melibatkan semua agensi kerajaan dan rakyat.

Zamri ketika berucap merasmikan program, semalam.

Zamri ketika berucap merasmikan program, semalam.

“Lebih-lebih lagi program ini memerlukan penglibatan semua pihak dalam menghayati dan menyemarakkan semangat kemerdekaan serta mempertahankan kedaulatan Negara,” katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Sempena Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan 2018 di Padang Kemahkotaan, di sini semalam.

Zamri menjelaskan kerjasama sebegini menggambarkan keharmonian dan kemesraan dalam kalangan agensi kerajaan.

“Kerjasama ini merupakan pendekatan yang cukup dinamik dan terbuka oleh persekutuan dalam menyatukan perpaduan rakyat dan jentera kerajaan keseluruhannya demi menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” tambahnya.

Program ini bagus dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tentang semangat cintakan  tanah air - Wan Zaimah.

Program ini bagus dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tentang semangat cintakan tanah air – Wan Zaimah.

Menurut pengunjung program, Nor Atirah Amirah Lokman Tee, 18, semangat cintakan negara menjadi semakin membara dalam dirinya dan nekad untuk memasang bendera di rumahnya nanti.

Bagi Wan Zaimah Wan Noh, 56, menyatakan rasa bangga dan kagum kerana walaupun hujan lebat turun di pertengahan majlis, orang ramai tidak berganjak dari tempat masing-masing.

“Program ini amat bagus diadakan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang semangat cintakan  tanah air dan kibar Jalur Gemilang. Ia juga dapat menerapkan semangat patriotik dalam diri selain dapat mengeratkan perpaduan kaum,” katanya.

Turut diadakan pameran interaktif dan perkhidmatan jabatan, agensi pameran jualan dan perkhidmatan swasta, persembahan buskers Pentarama, penyampaian jalur gemilang kepada agensi kerajaan dan wakil komuniti serta cabutan bertuah.

Turut hadir Pengarah Bahagian Komunikasi Visual & Senireka Jabatan Penerangan Malaysia merangkap Ketua Konvoi KMJG 2018, Mohd Roffee Mohamad, Pemangku Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan, Azhar Haji Ismail, dan ketua-ketua jabatan peringkat persekutuan dan negeri.

-SH

Tinggalkan komen anda